Showing posts with label INFO PERGIGIAN DEWASA. Show all posts
Showing posts with label INFO PERGIGIAN DEWASA. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

GIGI TERLEBIH, ADAKAH PERLU DICABUT? -cuba kira gigi anak anda

Image result for mesiodens            Image result for mesiodens           Image result for mesiodens

"Jika diperhatikan gambar-gambar di atas, dapatkah anda kenalpasti kelainan pada  gigi tersebut?"


Gigi terlebih atau dalam bahasa pergigiannya, "supernumerary teeth" adalah suatu keadaan di mana bilangan gigi di rahang atas dan rahang bawah melebihi daripada bilangan gigi kebiasaan.


Jadi, mari cuba lakukan sedikit aktiviti mengira gigi. Mungkinkah anda salah seorang yang 'bertuah' mempunyai gigi terlebih?

Monday, February 9, 2015

SCALING vs BLEACHING : yang mana satu memutihkan gigi?

"Dr, setiap 6 bulan saya pergi cuci gigi tapi kenapa gigi saya masih kuning?"
Luah seorang pesakit pada suatu hari.


Beliau seorang wanita, tidak merokok dan tidak suka mengambil minuman berkafein seperti teh dan kopi serta selalu menggosok gigi sehingga 5x sehari!

Tapi di mana silapnya sehinggakan tiap kali rawatan scaling dilakukan giginya masih tidak seputih mutiara macam gigi fazura di iklan tv.


Jawapannya

Thursday, November 20, 2014

PETUA MELURUSKAN GIGI YANG BERLAPIS (PETUA MERTUA)

AMARAN! INI ADALAH ARTIKEL 18 SG...

Sebelum memulakan bicara, ingin saya nyatakan di sini bahawa petua ini tiada kaitan dengan sebarang kajian dari sudut profesional pergigian cuma ingin saya kongsikan sedikit petua ini bersama anda setelah mendapati ianya ternyata agak berkesan setelah dicuba kepada beberapa orang ahli  keluarga saya.

Sekiranya anda ingin mencuba cara ini, saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Pesan bonda mertua...

MACAM MANA NAK DAPATKAN RAWATAN ORTHODONTIK DI KLiNIK KERAJAAN? BERAPA HARGANYA?



Tahukah anda bahawa doktor pakar di  klinik - klinik pergigian kerajaan juga ada membuat rawatan orthodontik? Harganya juga jauh lebih murah daripada cas yang dikenakan oleh klinik swasta kerana kos tenaga kerja tidak akan dikenakan sebaliknya hanya kos bahan sahaja yang perlu dibayar.
Bagi yang telah mendapatkan rawatan orthodontik di klinik swasta pastinya anda tahu bahawa harga yang perlu dibayar adalah sekitar rm5000 dan ke atas bergantung kepada kes anda sama ada 'complicated' atau pun tidak.  
Di sini saya akan menerangkan tentang kos, tempoh, dan juga cara mendapatkan rawatan tersebut di klinik kerajaan.

Tuesday, November 18, 2014

DARI 'UGLY BETTY' KEPADA BETTY YANG CANTIK NAMUN ANDA PERLU BERSEDIA MENGHADAPI 5 MASALAH INI SELEPAS SELESAI RAWATAN ORTHODONTIK


Mempunyai rupa paras yang cantik ditambah pula gigi yang tersusun rapi setiap kali senyuman dilemparkan adalah menjadi idaman setiap insan lebih-lebih lagi bagi  anak remaja yang meningkat dewasa. Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup menempuh fasa yang menyakitkan selama beberapa tahun demi menyempurnakan hajat ini.

Namun ada beberapa perkara yang tidak diketahui ramai...

Friday, October 3, 2014

GIGI TERKELUAR DARI SOKET??? 8 PERKARA INI HARUS ANDA LAKUKAN BAGI MENYELAMATKAN GIGI ANDA

 

Pagi tadi sekitar jam 11 am  saya menerima satu kes yang dirujuk dari unit kecemasan .
Seorang gadis India berusia 18 tahun telah mengalami kecederaan trauma di bahagian gigi pada tengah malam tadi hingga menyebabkan sebatang gigi kacipnya terkeluar dari soket. Lebih merumitkan keadaan apabila pesakit ini baharu sahaja memulakan rawatan  orthodontik (braces) di klinik pakar. Ini bermakna semasa pesakit ini menemui saya, dia masih memakai pendakap (braces) di dalam mulutnya dan membawa gigi yang terkeluar tersebut yang dibungkus dengan sehelai TISU

PERSOALANNYA...

*** BOLEHKAH GIGI ITU DIBALUT DENGAN TISU?

*** BOLEHKAH  GIGI TERSEBUT DISELAMATKAN DAN DIMASUKKAN SEMULA KE    DALAM SOKET GIGI?

*** APAKAH PROGNOSIS ATAU KESAN JANGKA PANJANG SEKIRANYA GIGI TELAH DIMASUKKAN SEMULA KE DALAM SOKET ?


Sebelum saya ulas lebih panjang lagi, adalah lebih elok sekiranya anda faham terlebih dahulu apakah maksud keadaan ini.

AVULSED TEETH (gigi teravulsi) adalah suatu keadaan di mana gigi terkeluar sepenuhnya dari soket yang memegang gigi tersebut yang disebabkan oleh trauma.(eg: kecederaan sukan, bergaduh, jatuh, kemalangan, dll)


Avulsion.jpg 

8 PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN  APABILA GIGI TERKELUAR DARI SOKET

 

 -Langkah ini amat penting dilakukan kerana ia menjadi penentu kejayaan proses kesembuhan rawatan.

1. Cari gigi tersebut


 

2. Pegang gigi pada bahagian KORONA gigi (gigi ada 2 bahagian, korona dan akar), Dalam bahasa mudah, pegang bahagian kepala gigi sahaja. Elakkan dari menyentuh bahagian akar gigi.

 


3. Sekiranya terdapat kekotoran padanya, lalukan gigi tersebut di bawah pili air. JANGAN sesekali sental atau berus gigi tersebut terutamanya bahagian akar bagi mengelakkan tisu ligamennya rosak.

 

 


4. Masukkan semula gigi ke dalam soket yang kosong tadi sekiranya boleh, dan gigit dengan kapas atau tuala kecil bagi menstabilkannya.


 

5. Segera ke klinik gigi bagi rawatan lanjut


  

6. Sekiranya gigi sukar dimasukkan semula ke dalam soket, memadailah sekiranya gigi itu diletakkan di dalam mulut di bahagian tepi pipi.


 

7. Sekiranya masih TIDAK BOLEH, takut tertelan dan sebagainya. Gigi hendaklah segera diletakkan dalam medium yang sesuai seperti bekas tertutup yang berisi  SUSU SEGAR/ AIR LIUR/ CONTACT LENSE SOLUTION/ AVULSED TEETH SOLUTION (SAVE-A-TOOTH)/ AIR KELAPA/ NORMAL SALINE

 

-avulsed solution boleh didapati di farmasi namun tidak semua farmasi ada menjual produk ini
-ELAKKAN daripada merendam gigi dalam air paip biasa kerana ia boleh membuatkan sel ligamen gigi mati

8. Seterusnya barulah dibawa ke klinik.



JADI... apakah faktor kritikal yang membantu proses kesembuhan rawatan gigi teravulsi ini?

 1. MASA - lebih cepat lebih baik

>>> Dalam kes remaja india tadi beliau datang ke klinik untuk rawatan setelah hampir 12 jam berlalu.Ini menyebabkan prognosis rawatannya agak tipis. Semakin lama masa berlalu semakin banyak tisu dan sel2 ligamen pada gigi mati. 

>>>Sebaiknya pesakit pergi ke klinik secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan.

2. MEDIUM SIMPANAN

 >>> Juga dalam kes di atas, pesakit cuma membungkus giginya di dalam sehelai tisu. KUNCI UTAMA mengapa gigi perlu disimpan dalam medium yang disarankan adalah supaya sel-sel tisu yang terdapat di sekeliling gigi tidak rosak. Jika gigi disimpan dalam keadaan kering akan menyebabkan sel2 ligamennya mati.


Di klinik gigi nanti doktor gigi akan melakukan beberapa rawatan diikuti rawatan susulan bagi memastikan gigi yang dimasukkan ke dalam soket itu sembuh. Prosedur dan proses rawatan di klinik akan saya terangkan dalam entri yang berikutnya...



Semoga bermanfaat. 
HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

Thursday, September 25, 2014

TRICK TERBESAR MENDAPATKAN RAWATAN CABUTAN GIGI PADA HARI YANG SAMA (AMARAN!! hanya untuk pesakit berpenyakit kronik sahaja)



Bagi pesakit kronik seperti pesakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, pernahkah anda ditolak daripada mendapatkan rawatan cabutan gigi atau pun rawatan lain oleh doktor- doktor pergigian di klinik kerajaan mahupun swasta setelah pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak memuaskan?

Apa yang anda rasakan pada masa itu?

KECEWA?
MEMBUANG MASA?
MENYUSAHKAN?

Seolah-olah para doktor ini tidak punya sifat belas untuk membuat rawatan ke atas anda bukan?
Dengan mudah disuruh datang kembali pada hari lain.

Tapi tahukah anda apakah sebab-sebab yang kukuh di sebalik nasihat doktor gigi in?

Sebelum anda teruskan pembacaan, saya ingin mengajak anda untuk berlapang dada, neutralkan fikiran, dan fokus kerana sebentar lagi saya akan menerangkan satu persatu asbab beserta TIPS-TIPS PENTING  dan berguna  sehingga anda tidak lagi disuruh pulang dan datang semula pada hari yang lain. 

Kebanyakan pesakit gigi yang menderita penyakit kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, dan darah tinggi ini terdiri daripada warga emas yang adakalanya perlu dibantu atau ditemani orang lain untuk datang ke klinik. Oleh itu, PENJAGA / ANAK- ANAK pesakit juga perlu tahu akan tips ini.


1. IKUT JADUAL YANG BETUL

 

Kebanyakan klinik pergigian kerajaan di negara ini beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya pesakit datang pada waktu temujanji pesakit lain,  kemungkinan untuk tidak dilayan atau mendapat rawatan lambat adalah amat tinggi kerana doktor akan mengutamakan kes-kes temujanji dan emergency terlebih dahulu.

 

2. TIDUR AWAL PADA WAKTU MALAM



 Pesakit darah tinggi terutamanya adalah disyorkan supaya tidur awal sebelum ke klinik pada keesokkan harinya. Adakalanya pesakit telah mengambil ubat darah tinggi pada waktu pagi namun tekanan masih tinggi disebabkan pesakit kurang tidur. Sebaik-baiknya tidur pada jam 10 malam. 

 

3. TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI BERAT



 Melakukan sebarang aktiviti berat seperti berlari-lari,mengemas rumah atau tekanan boleh meningkatkan tekanan darah pesakit. Oleh itu pesakit hendaklah berehat sepenuhnya sebelum dan selepas rawatan.


4. BAWA SENARAI UBAT-UBATAN / SURAT DOKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENYAKIT. 

 

Senarai ini penting supaya doktor gigi tahu apa ubat-ubatan yang diambil pesakit kerana sesetengah rawatan pergigian memerlukan pesakit diberi antibiotik terlebih dahulu terutamanya kepada pesakit jantung.
Begitu juga dengan sesetengah ubat yang boleh memberi reaksi buruk sekiranya bercampur dengan ubat yang diberi oleh doktor gigi.


5. DATANG PADA WAKTU PAGI



 Bagi pesakit darah tinggi dan kencing manis adalah disyorkan datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan pada jam 8-9pagi selepas makan ubat.
Ini kerana pada waktu pagi tekanan darah dan kandungan gula dalam darah pesakit cenderung berada pada tahap normal. Menjelang tengah hari  biasanya bacaan gula dan tekanan darah mula meningkat.
Bacaan yang dibolehkan untuk cabutan gigi adalah seperti berikut:
-RBS <11 mmol (bagi pesakit kencing manis)
-Tekanan Darah tidak melebihi 145/80 mmHg

 

6. MAKAN UBAT SEBELUM DATANG KE KLINIK



 Saya sering menemui pesakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak mengambil ubat-ubatan mereka seperti yang disyorkan doktor sebelum datang ke klinik. Mereka berpendapat sekiranya cabutan harus dilakukan, mereka tidak boleh mengambil sebarang ubat pada hari tersebut. Ia adalah SALAH sama sekali melainkan jika ada sesetengah ubat yang disarankan oleh doktor gigi untuk diberhentikan sementara barulah ubat tersebut perlu dihentikan. Ini akan membuatkan tekanan darah dan gula pesakit berada pada tahap tinggi dan sekaligus menyebabkan mereka disuruh pulang dan datang semula pada hari lain.


7. SARAPAN RINGAN










Pengambilan sarapan di waktu pagi tidak boleh diambil ringan oleh pesakit terutamanya bagi mereka yang menderita kencing manis. Rata-rata pesakit ini tidak mengambil sarapan kerana terlalu takut bacaan gula dalam darah akan tinggi. Habit yang tidak sihat ini bakal mengundang risiko BAHAYA kerana ia boleh mengakibatkan bacaan gula terlalu rendah dan pesakit boleh jatuh pengsan.
Sebaik-baiknya ambil sedikit sarapan seperti buah-buahan, sedikit roti / biskut beserta air suam kosong.
ELAKKAN dari mengambil sarapan berat seperti TEH TARIK & NASI LEMAK supaya bacaan gula tidak tinggi.

***Sekiranya cabutan gigi tetap dilakukan dalam kedaan tekanan darah yang  terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan darah yang keluar sukar untuk berhenti. Umpama air yang mengalir laju dari sebatang paip dan dimasukkan jari ke dalamnya bagi menambahkan tekanannya. Pasti memancut-mancut bukan?

***Dan sekiranya cabutan masih dilakukan dalam keadaan kandungan gula yang terlalu tinggi, ini akan mengakibatkan pembiakan bakteria yang tinggi seterusnya menyebabkan jangkitan yang lambat sembuh. Sebab ini jugalah ramai pesakit kencing manis tidak terkawal terpaksa dipotong kakinya.

Walaubagaimanapun sekiranya semua langkah-langkah ini telah diambil tetapi tekanan darah dan gula masih tidak terkawal, anda boleh merujuk semula kepada doktor perubatan kerana kemungkinan dos ubat perlu ditukar.

HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-DR WAN-