Sunday, August 16, 2015

TRAVELOG - umrah backpackers style dec 2014




Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas kehendak dan rahmat kasih sayang-Nya jua saya dan suami berkesempatan menunaikan ibadah umrah pada 20 Disember 2014 hingga 3 Januari 2015 yang lalu. Terlebih dahulu saya pohonkan keampunan dan kemaafan sekiranya coretan travelog ini mengguris hati mana-mana pihak . Bukan begitu niat di hati. Sekadar mahu berkongsi rasa dan pengalaman agar bisa dijadikan panduan buat masa akan datang. Saya mohonkan kesabaran anda, para pembaca sekalian untuk meniti tiap-tiap bait nukilan ini sehingga ke akhirnya. Semoga bermanfaat buat kalian. Bismillah...

Pada asalnya perancangan mengerjakan umrah pada tahun 2014 tiada dalam perancangan kami memandangan budget yang agak 'tight' beserta beberapa kekangan lain lagi. Namun kesempatan bertemu keluarga sepupu,iaitu abang Razak, kak Yam, beserta putri-putri mereka yang juga telah mengerjakan umrah pada Mei 2014  telah merubah segalanya. 

"Sebenarnya Syifa rasa senang ja p buat umrah ni Long, Syifa tengok ramai ja yang p sendiri, Ada yang siap bawa family lagi. Kos pun lebih murah sebab semua kita urus sendiri"

Ibarat tali yang dihulurkan, seolah-olah ia suatu bentuk jawapan dariNya kepada doa-doa kami yang teramat rindu akan  panggilan Baitullah. Rentetan dari pertemuan sepetang hari di UIA bersama Syifa, putri sulung kepada Kak Yam dan Abang Razak, telah menyuntik semangat buat kami untuk ke sana pada tahun itu juga. Tanpa berlengah masa beberapa 'kajian' Umrah Persendirian telah dilakukan oleh encik suami melalui carian internet. Syukur terdapat beberapa blog yang banyak membantu.




PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT

1. Join Group Telegram UMRAH PERSENDIRIAN.

Alhamdulillah terdapat banyak sangat manfaat serta tips-tips dari otai-otai yang pernah mengerjakan umrah persendirian  yang kami peroleh dengan menyertai group ini. NAMUN anda haruslah bersabar meneliti satu persatu mesej yang akan di'forward' kepada anda. Walaupun hanya bertindak selaku 'silent reader' berbanding suami yang lebih aktif berborak di ruangan telegram ini, saya dapat rasakan ianya bagai sebuah keluarga kecil yang saling bantu membantu dan mengambil berat antara satu sama lain sekalipun ada yang tidak pernah berjumpa di alam nyata. Group PRM ini bukan sahaja membincangkan tips umrah persendirian namun turut sama-sama membantu sekiranya kita menghadapi masalah di tanah suci kelak.
Untuk menyertai, caranya mudah sahaja, cuma emailkan hasrat dan nombor telefon ke umrahsenang@gmail.com

Ada beberapa perhatian perlu diambil kerana ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh di group ini dengan berpura-pura menawarkan anda dengan pakej umrah pada harga yang murah. Disarankan sekiranya terdapat individu meragukan yang cuba mendekati anda secara personal, anda boleh menanyakan untuk kepastian kepada rakan-rakan di PRM. Insyaallah saya pasti pihak peneraju PRM juga akan mengambil tidakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab.

screen shot dari ruangan komen kebanyakan blog umrah persendirian
2. Buku TRAVELOG HAJI by Prof Muhd Kamil Ibrahim

Secara personal saya sarankan anda untuk membaca rentetan pengalaman Prof Kamil ini semasa beliau mengerjakan haji bersama keluarganya. Lebih kurang untuk ambil 'feel' bak kata orang, setiap nukilannya amat menyentuh hati seolah-olah kita telah pun berada di sana. Jika sebelum ini kita sering dimomokkan dengan tanah suci sebagai tempat pendosa menerima balasan 'cash' dari Allah melalui buku cerita dan omongan orang sehingga kita teragak-agak untuk ke sana, Prof ini telah merubah persepsi itu dengan jayanya sekaligus merubah persepsi saya secara total. Perjalanan beliau amat menginsafkan. Di samping itu juga Prof turut berkongsi beberapa tips di akhir ruangan buku seperti cara-cara mudah untuk ke Hajarul Aswad, melontar Jamrah  dan sebagainya.

3. TIKET FLIGHT
Tentukan tarikh perjalanan yang bersesuaian dan kemudian anda boleh mula mencari tiket-tiket penerbangan yang murah dan ekonomi. Tarikh perjalanan yang jauh beberapa bulan ke hadapan biasanya lebih murah berbanding tiket yang dibeli last minute.
Ada yang menyarankan untuk membeli tiket kapal terbang yang tarikhnya boleh dipinda kerana terdapat kebarangkalian akan  masalah kelewatan visa manakala tiket yang dibeli pada harga promosi pula tidak boleh dipinda tarikhnya. Ini pasti akan menimbulkan sedikit kerugian kerana anda terpaksa membeli tiket lain.
Namun ia bergantung kepada pilihan masing-masing.
Kami telah memilih untuk membeli tiket FLYNAS  pada harga rm1300 pergi balik seorang pada awalnya.
Namun pada saat akhir kami telah dihubungi oleh pihak NAS air memaklumkan bahawa penerbangan kami telah dibatalkan dan full refund akan dikembalikan. (alhamdulillah nasib baik dapat full refund)
Walaupun sedikit kecewa, kami membuat keputusan untuk menunggu sehingga visa diperolehi sebelum membeli tiket lain memandangkan terdapat banyak perkhabaran tentang masalah mendapatkan visa pada ketika itu.
Alhamdullillah 5 hari sebelum tarikh dijangkakan berangkat kami telah berjaya mendapatkan visa, dan 3 hari sebelum berangkat kami dapati ada direct flight ke jeddah dengan menaiki Air Asia. Harga tiket hampir 'double' dari harga tiket asal namun kami berpuas hati kerana ia adalah merupakan tiket 'DIRECT' flight yang tidak memerlukan transit di mana-mana negara dan tidak terlalu mahal dari jangkaan sebenar.

4. HOTEL

Berkenaan penginapan hotel di Mekah dan Madinah pula boleh di buat melalui  website seperti di www.booking.com atau
Di sini kita boleh membandingkan harga hotel-hotel yang murah mengikut kemampuan.
Setelah puas membandingkan harga, suami memilih untuk membuat tempahan hotel di booking.com.
Harga bilik di hotel Madinah Dar al shoohada dan hotel di Mekah, Fal al Jadeed berharga lebih kurang RM100+ semalam. namun kedudukannya agak jauh iaitu lebih kurang 1 km dari masjid, jadi agak tidak sesuai bagi mereka yang membawa jemaah yang uzur atau anak-anak kecil. Bagi kami yang cuma berdua ini, kami berhasrat untuk 'spend' kebanyakan masa di masjid sahaja dan pulang ke hotel sekali sehari untuk tidur.
Untuk lebih mudah, anda juga boleh mengambil pakej hotel dari travel agent yang menguruskan visa anda kerana hotel-hotel yang mereka pilih pastinya berdaftar dengan muassasah. Ia juga dapat mengurangkan risiko masalah hotel booking yang dibatalkan pada saat akhir oleh pihak hotel manakala wang tidak dapat dikembalikan. Semasa saya berada di Madinah terdapat jemaah yang mengalami masalah ini sebaik tiba di sana. 

*Menurut Ustaz Amir, anak buah suami yang sedang belajar di universiti Madinah dan juga merupakan orang kuat yang banyak membantu kami, rate hotel bergantung kepada jauh atau dekatnya hotel tersebut dengan masjid. Mungkin bagi kita hotel yang dekat dengan masjid layaknya tidak diberi bintang namun jangan terkejut jika rate semalamnya setara 4 bintang. 

* Pengusaha hotel arab ini tidak dijangka, mereka boleh bertindak membatalkan booking hotel kita sesuka hati tanpa wang dikembalikan jika pembatalan dilakukan pada hari tersebut Menurutnya lagi kemungkinan kami tidak mengalami masalah begini adalah disebabkan kedudukan hotel kami yang terletak agak jauh dan tiada permintaan tinggi.

* Pembayaran hotel kami telah dibuat 'upon check-in".Ini bermakna tiada pembayaran dibuat semasa booking online. Sebaliknya bayaran hanya dibuat setelah kami selamat check -in di hotel bagi mengelakkan risiko kerugian ditipu.

* Selain itu juga anda digalakkan memilih hotel agoda/booking.com yang menawarkan 'full refund' sekiranya pembatalan terpaksa dilakukan pada saat akhir.

5. Urusan VISA

Dari info yang kami peroleh, visa umrah boleh mula dimohon lebih kurang sebulan sebelum tarikh penerbangan. Maafkan saya sekiranya info ini tidak tepat. Jadi, pada penghujung bulan 11, Suami saya telah menemui Travel Agent XXX  (maaf tidak dapat disebutkan) bagi membuat permohonan visa dengan bayaran rm 350 seorang. Antara perkara yang perlu dibawa adalah

-  Passport antarabangsa, yang masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 (enam) helaian muka surat

- Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135 (akan diberikan oleh klinik)

4 Keping Gambar berukuran 6 x 4cm, dan latar belakang bewarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki & bertudung gelap/hitam bagi wanita. Pergi sahaja ke mana-mana kedai gambar dan kata mahu ambil gambar umrah

- Sijil salinan nikah (yang telah dicop oleh pejabat agama daerah dan wisma putra)

rujukan :visa requirement

6. Suntikan Meninggococcal Meningitis



Perkhidmatan suntikan ini tidak diperoleh di mana-mana klinik atau hospital kerajaan. Mujur terdapat sebuah klinik swata di banting iaitu klinik DR ADIB yang menawarkan khidmat suntikan ini pada harga RM 110 seorang. Buku oren suntikan tersebut diserahkan kepada kami sebaik sahaja menerima suntikan. Bagi wanita yang sedang cuba hamil dalam masa terdekat atau sedang hamil, dinasihatkan untuk memaklumkan doktor anda terlebih dahulu. Suntikan ini juga bertahan memberi anda imunisasi selama 3 tahun. Jika berhasrat ke sana lagi pada tahun hadapan, tidak perlu lagi mengambilnya. Cuma simpan buku imunisasi sebagai bukti.

Senarai klinik swasta lain yang menawarkan suntikan umrah boleh di rujuk di sini


6. Belajar  UMRAH

Ini bergantung kepada kehendak masing-masing. Googlekan sahaja kelas-kelas umrah anjuran travel agent atau anjuran masjid-masjid di sekitar kediaman anda, kemudian sertai majlis tersebut.

Untuk lebih mudah, download video-video berkenaan umrah di youtube,
Saya dan suami  belajar menerusi video-video ini sahaja mengenangkan masa yang suntuk dan dibekalkan juga dengan pengalaman Abang Razak sekeluarga yang sudi memberi pinjam buku-buku doa dan umrah mereka. Selain itu kami turut bertanya kepada paklang & maklang yang baru sahaja pulang dari mengerjakan haji untuk mendapatkan gambaran lanjut tentang tempat yang akan kami kunjungi. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari insan-insan ini kami mula mendapat gambaran sedikit sebanyak berkaitan proses menunaikan umrah. Mereka juga telah bermurah hati meminjamkan kami kain ihram buat dipakai suami nanti.

7. Barangan dibawa

Beberapa minggu sebelum berangkat saya telah mula menyediakan BUKU KECIL sebagai catatan barang apa yang perlu dibawa. Setiap kali teringat barangan penting, saya akan mencatatkan di dalam buku tersebut bagi mengelakkan apa-apa yang tertinggal. Jadi, sehari sebelum bertolak saya cuma perlu masukkan sahaja barang-barang ini ke dalam beg.

Manakala suami pula menyediakan satu FAIL KECIL bagi menyimpan kesemua dokumen penting seperti - Salinan fotokopi pasport (manalah tahu kalau-kalau diperlukan nanti, tidaklah kami tercari-cari kedai fotostat) 

- Dokumen hotel Mekah dan Madinah
- Pasport
- Salinan tiket kapal terbang 

Memandangkan ini adalah umrah bag packers style, kami cuba meminimalkan barangan dibawa terhad kepada keperluan sahaja dengan tidak mengabaikan barangan penting. Lagipun niat utama bukanlah untuk bershopping atau berbelanja. Barang yang dimuatkan dalam  hanya1 beg pack dan 1 cabin-sized bag adalah:


- Sabun & syampu mini
- Ubat dan berus gigi
- Ubat ubatan (panadol, ubat batuk, selsema, cirit birit dan gula batuk)
- Gunting kecil
- Pisau lipat
- Pisau cukur
- pakaian kasual/santai 1-2 helai sahaja
- Jubah 1-2 helai  sahaja (selebihnya kami beli di Madinah dan Mekah untuk pakai hari-hari)
- Stokin lengan dan kaki
- Tudung & kopiah
- Tuala kecil
- Al quran kecil
- Pen dan buku panduan umrah
- Selofan tape
- Mouth mask
- Sudu & garfu kecil
- Selipar jepun
- Universal travel plug
- Charger handphone
- Botol spray kecil untuk ambil wudhu
- Sepasang kain ihram
- Sedikit bekalan makanan
- Sling bag kecil untuk dibawa suami
- Sebuah lagi beg pack ringan boleh lipat (in case barang 'beranak' ketika balik)
- Botol air 3 liter suami (beliau merupakan peminum air yang banyak)

* Dari KL - Jeddah, kami tidak membeli luggage dari Airasia memandangkan kami cuma membawa sebuah back pack dan cabin sized bag. Untuk perjalanan pulang pula kami membeli 30 kg luggage.

9. Tukar Duit



Tukaran matawang ringgit ke riyal boleh dibuat di mana-mana pengurup wang. kami memilih untuk menukar wang di bangunan WARTA, Bangi kerana keperluan umrah juga  dibeli di sana. Selain itu anda juga boleh menukar wang di sana sahaja

10. Sim card arab


Sim card ini biasanya boleh di dapati sebaik sahaja kita sampai di lapangan terbang Jeddah atau Madinah. Sekiranya ada rakan taulan atau ahli keluarga yang bermurah hati memberi pinjam sim card arab mereka, pastikan tempoh perjalanan mereka ke sana dan tempoh perjalanan anda tidak melebihi 1 bulan. Ini kerana sim card yang dibeli jemaah haji atau umrah hanya akan bertahan selama 1 bulan sebelum di 'block' sekiranya mereka tidak mendaftarkan nombor tersebut atas nama mereka di pejabat telco yang dibeli.
Seperti kebanyakan jemaah yang lain, kami telah memilih telco MOBILY sebagai medium komunikasi telefon.

PERJALANAN BERMULA




KINI hari dinanti telah pun tiba, Dengan menaiki Scooter Elegan, kami memulakan perjalanan dari Banting ke KLIA2. Perasaannya amat teruja berbaur sebak, Amat berbeza dengan perasaan sewaktu melancong ke negara-negara lain sebelum ini. Di KLIA2 kami diziarahi Anas, Tariq, dan paklang dan anak-anaknya. Sekali sekala paklang dan maklang mengingatkan kami sekali lagi akan beberapa perkara yang perlu dijaga. Selesai check in dan memasuki ruangan berlepas sekitar 12 tengahari,.

Perjalanan mengambil masa selama 8 jam, Sekali sekala saya membuka kembali video umrah yang telah di download untuk rujukan. Lebih kurang jam 5.30 petang waktu Jeddah. kami telah mendarat di TERMINAL HAJI & UMRAH. Sebaik sahaja masuk ke dalam bangunan airport, kami didatangi oleh lelaki India yang menawarkan Sim Card MOBILY pada harga 35 riyal sekeping. Kemudian kami bergerak pula ke kaunter emigresen, perasaan cemas mula melanda apabila kesemua penumpang mempunyai arrival card bewarna putih yang diberikan oleh travel agent masing-masing di atas flight. Kami pula tidak menemukannya di mana-mana kaunter atau meja sebelum emigresen, namun kami akhirnya berasa lega apabila diberitahu bahawa kad putih tersebut tidak lagi  diperlukan. Alhamdulillah syukur.

Image result for mobily sim card
mobily sim card pada harga 35 riyal
                                                 

Proses di kaunter imigresen mengambil masa yang agak lama kira-kira 1 jam lebih kerana pak pak arab ni agak 'particular' dengan kaum adam. Mereka disuruhnya berdiri mengambil gambar sekali lagi dan sekiranya mereka rasa mahu tutup kaunter, mereka terus tutup. Maka termanggu-manggulah jemaah ini ke kaunter sebelahnya dan beratur semula. Bagi kaum wanita pula, prosesnya amat cepat. Cuma cop di pasport dan selesailah urusannya. Kami antara yang terakhir keluar dari airport. Kebanyakan jemaah yang bersama-sama tadi telahpun naik bas masing-masing. Mujur tidak terserempak dengan pihak muassasah, jika tidak lebih panjanglah kisah di airport nampaknya. Perancangan Allah maha indah lagi teratur, ini rupanya hikmah di sebalik kelewatan kami keluar dari airport. Dalam hati tidak berhenti berdoa agar Allah permudahkan segalanya.

Kami  dijemput oleh Ali, iaitu rakan Arab suami  sewaktu sama-sama belajar di UTM dahulu. Ujarnya agak sukar untuk masuk ke terminal haji & umrah kerana pihak airport tidak membenarkan teksi atau kenderaan persendirian ke dalamnya. Setelah puas dia merayu akhirnya dibenarkan jua.
Kami difahamkan terdapat 3 terminal di airport yang sama, oleh itu jemaah hendaklah memastikan terminal mana mereka akan diturunkan.
Ali membawa kami untuk makan malam di sebuah shopping complex sebelum dihantar ke terminal bas sekitar jam 10 malam. Sebelum berpisah beliau telah menjemput kami suami isteri untuk bermalam di Jeddah sekali lagi pada malam terakhir nanti.Insyaallah..

Ali
keluarga paklang, anas dan tariq
                     









JEDDAH KE MADINAH

 

Dengan menaiki bas Saptco bertambangkan 60 riyal seorang, akhirnya kami  tiba jua di Madinah menjelang jam 3 pagi. Perjalanan ini keseluruhannya mengambil masa selama 5 jam termasuk hentian rehat selama 30 minit. Bagi sesiapa yang lapar bolehlah mengalas perut di hentian rehat tersebut.

MADINAH, hawanya agak dingin, bersuhu sekitar 17 darjah celcius.  Sebaik tiba, kami mendapatkan pula perkhidmatan teksi untuk carian hotel. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 30 riyal. Alhamdulillah sekali lagi kerana tidak sukar untuk menemukan hotel Dar al Shoohada yang terletak tidak jauh dari setesen bas. Subuh bakal menjelang lebih kurang 1 jam sahaja lagi, maka kami membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke masjid. Sayup-sayup kedengaran azan subuh, berduyun-duyun juga manusia keluar menyahut seruan azan. Kami cuma mengikut laluan yang dilalui orang ramai sehingga akhirnya sampai ke masjid Nabawi. Solat pertama selesai. Alhamdulillah. Saya juga berkesempatan untuk memasuki Raudhah.

Buat pengetahuan semua, RAUDHAH bagi kaum wanita dibuka sebanyak 3 kali sehari iaitu
-selepas waktu subuh (jam 7.30 pagi)
-selepas solat zohor
-selepas solat isya'

 
pintu 25
menunggu dengan kump.
 malaysia sebelum ke dalam raudhah

raudhah
karpet hijau menandakan kaw.raudhah
ruang simpan kasut sebelum ruang solat



Untuk mudah ke Raudhah, kaum hawa boleh masuk menerusi pintu nombor 25. Sebelum masuk, beg  akan diperiksa oleh polis wanita berpurdah yang menjaga di setiap pintu masuk wanita masjid Nabawi. Saya kurang pasti apa barangan terlarang yang tidak boleh dibawa masuk, tetapi pegawai  tersebut membenarkan saya membawa masuk handphone bercamera tanpa berkata apa-apa. Kali pertama sebelum memasuki Raudhah saya dapati kita akan diletakkan secara berkumpulan mengikut negara masing-masing. Bagaimana polis itu tahu kita asal mana,, Wallahualam. Mungkin dari gaya pemakaian dan paras rupa. Mana-mana gate yang menghubungkan raudhah boleh dibuka di mana-mana group yang berdekatan dan para jemaah akan berlari berpusu-pusu serta berasak-asak masuk ketika gate dibuka. Sebaik saya duduk bersama-sama kumpulan India, saya terus disuruh untuk duduk menyertai kumpulan Malaysia Indonesia. Keesokkan harinya saya  memakai niqab. Jadi tiada siapa mengenali saya dan saya bebas untuk duduk diam-diam dengan mana-mana group yang berdekatan gate. Saya juga dapati lebih mudah untuk menyelit-menyelit ke hadapan dalam rempuhan orang ramai kerana tidak ditarik ke belakang oleh polis wanita untuk kembali menyertai kumpulan negara saya. Pemakaian niqab juga mengurangkan risiko berborak perkara tidak berfaedah di dalam masjid serta dapat memberi sepenuh tumpuan untuk mengaji atau beribadah. Bukan apa, selalunya apabila bertembung sesama jemaah dari Malaysia atau Indonesia di ruang solat, sudah pasti akan bertegur sapa. Bermula dari soalan "Orang malaysiakah?", kemudiannya meleret-leret sehingga ke tempat tinggal, kerja apa, anak berapa dan sebagainya. Saya lebih suka sekiranya borak panjang seperti ini berlaku di luar masjid. Suasana di Madinah lebih tersusun, tenang dan sunyi jika dibandingkan dengan Mekah, Orang-orangnya juga lebih lembut dalam percakapan dan perlakuan.
kerusi utk orang uzur.

 

tempat simpan kasut di ruang solat
bilik wudhu di luar masjid
zam zam dalam masjid





BERTEMU USTAZ AMIR
ruang family di restoran




Seusai ziarah di Raudhah kami telah dibawa oleh Ustaz Amir merasai hidangan nasi arab daging unta di salah sebuah restoran yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Kami turut berpeluang menikmati pencuci mulut Khunafah yang sangat manis dan sedap. Menurut Amir, restoran tersebut sering menjadi tempat pertemuan diplomat Malaysia dan pelajar Malaysia di sana. Jadi agak mudah untuk membawa saya makan di situ memandangkan budaya orang arab, wanitanya tidak makan di kedai-kedai makan selain shopping mall. Kami kembali ke masjid untuk solat zohor dan kemudian suami saya dibawa menziarahi kawasan sekitar masjid. Pada sebelah malamnya pula kami dibawa ke kedai aiskrim arab yang sangat enak sebelum pulang ke hotel. Masyaallah hebat sungguh anak muda ini, rupa-rupanya dalam masa yang serentak beliau turut menguruskan satu lagi rombongan yang baru tiba dan sempat jua bertemu dengan keluarga pakcik di sebelah ayah mertuanya sedangkan pada ketika itu beliau sedang menghadapi peperiksaan. Untuk plan keesokan harinya, Ustaz Amir menawarkan diri untuk membawa kami berziarah di tempah-tempah bersejarah sekitar Madinah. Tak sabar menanti hari esok

aiskrim arab

ZIARAH MADINAH

Pagi-pagi lagi Ustaz Amir telah menjemput kami dengan menaiki sebuah kereta sewa. Sebelum bertolak beliau mengingatkan kami untuk berwudhu' terlebih dahulu. Destinasi pertama yang dituju adalah Masjid Quba' yang terletak kira-kira 5km dari pusat kota Madinah Sepanjang perjalanan, kami diterangkan akan tindakannya meminta kami berwudhu' terlebih dahulu dengan sebuah hadis:

 “Siapa yang bersuci di rumahnya kemudian datang ke masjid Quba’ dan solat di dalamnya maka ia mendapatkan pahala seperti pahala umrah.” (Shahih; Shahih At-Targhib, 1181)

Masjid ini adalah merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w sebaik tiba di perkampungan Quba' dalam perjalan panjang hijrah dari Mekah ke Madinah. Sesudah solat sunat 2 rakaat di sana, kami dibawa pula ke beberapa buah  masjid bersejarah yang lain sambil Ustaz Amir menceritakan sejarahnya. Antara masjid yang dituju adalah Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain (2 kiblat).
Seterusnya kami menuju ke Jabal Uhud. Kisah peperangan Uhud antara kaum mukmin dan musyrik ini menyaksikan kemenangan yang pada mulanya berpihak kepada umat islam akhirnya bertukar kepada kekalahan teruk akibat keingkaran kaum mukmin terhadap larangan baginda agar tidak meninggalkan Uhud walau apa pun yang berlaku sehingga timbulnya khabar angin mengatakan nabi telah terbunuh pada ketika itu. Namun rasulullah s.a.w masih selamat dan dilindungi oleh beberapa orang sahabat walaupun telah cedera parah sehingga patah giginya. Kisah penceritaan secara 'live' berlatar belakangkan Jabal Uhud ini sendiri amat menuntun hati dan cukup menginsafkan.

Destinasi terakhir kami adalah Universiti Madinah, tempat Ustaz Amir belajar. universiti ini hanya terdiri daripada pelajar lelaki sahaja. Tidak jauh dari kediaman universiti tersebut kami dapat melihat sebuah bukit besar. Satu-satunya bukit yang terlihat di situ yang terletak di kawasan tanah halal. Ia menempatkan sebuah kediaman gabenor yang berada betul-betul di puncak bukitnya. Dikatakan kemunculan dajal nanti mungkin turun dari arah bukit ini namun ia tidak dapat memasuki kota Madinah. wallahua'lam.
Perjalanan ziarah Madinah kami berakhir sebaik menjelangnya Zohor. Kami kembali ke Masjid untuk bersolat dan meneruskan aktiviti seperti biasa.

jabal uhud


gate universiti madinah

masjid quba'



SHOPPING MADINAH


Sebelah petangnya, ustaz Amir menunjukkan kepada kami laluan ke kedai-kedai yang dikatakan murah sekiranya kami berminat untuk 'bershopping'. Ianya terletak Taiba center 2, di gate keluar bernombor 10 atay 11 (sy kurang pasti), bangunan berada di sebelah kiri. Saya membeli beberapa helai jubah wanita memandangkan kami cuma membawa beberapa helai pakaian sahaja. Jika dibandingkan dengan Mekah, harga jubah wanita di Madinah ini jauh lebih murah. Selain dari pakaian untuk dipakai, saya tidak berhasrat untuk membeli apa-apa lagi.

tempat shopping murah
dalam taiba center





SELAMAT TINGGAL MADINAH

Menurut perancangan asal, Ustaz Amir bercadang untuk mengerjakan umrah bersama-sama kami pada awalnya, namun memandangkan pada ketika itu beliau sedang dalam minggu peperiksaan, hasrat tersebut terpaksa dilupakan. Kami agak gusar kerana tiada penunjuk arah sepanjang keberadaan kami di Mekah nanti dan tidak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan perjalanan kami serta menemukan kami dengan insan-insan baik yang sudi membantu. Tepat jam 8 malam keesokkannya (Selasa) setelah berpakaian ihram, Ustaz Amir menghantar kami ke stesen bas Saptco untuk ke Mekah.Tambangnya juga 60 riyal seorang Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga, sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaanNya. Di stesen bas kami bertemu dengan 2 orang adik beradik lelaki dan wanita yang turut akan sama-sama ke Mekah nanti. Lebih mengujakan kerana mereka merupakan kenalan Ustaz Amir dan sedang belajar di Jordan. Kami sangat beruntung kerana mereka sudi menemankan kami menunaikan umrah dan menunjukkan tempat-tempat penting.

MEKAH KE MADINAH

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 5 jam untuk ke Mekah. Bersama-sama kani terdapat beberapa orang lagi dari negara lain yang turut sama dalam pakaian ihram untuk mengerjakan umrah. selepas beberapa jam perjalanan, bas berhenti sebentar di Miqat Bir Ali (zulhulaifah) selama 30 minit. Di sini, suami mengingatkan saya supaya membuka niqab, berniat ihram dan menunaikan solat sunat ihram di masjid berdekatan yang disediakan. Dan bermulalah pantang larang yang perlu dijaga di dalam ihram seperti berikut, semua yang tertera tidak boleh dilakukan sama sekali. Jika tidak akan dikenakan dam.
  1. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
  2. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
  3. Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
  4. Memakai minyak pada rambut dan janggut.
  5. Mencabut bulu atau rambut dari badan
  6. Memotong kuku.
  7. Membunuh binatang buruan.
  8. Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
  9. Jimak (bersetubuh)
Image result for miqat Bir ali
masjid bir Ali (ihsan gambar internet)

Tidak lama selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Mekah dan tiba sebelum Subuh. Perasaan kali pertama menatap masjidil haram tidak dapat dibendung. Aku telah sampai di Mekah! dan sebentar lagi aku akan menunaikan umrah! Alhamdulillah.
Bagi mereka yang sampai pada awal pagi dan belum check in ke hotel, usah risau kerana di dataran perkarangan luar masjid terdapat beberapa kaunter menyimpan bagasi yang boleh memuatkan beg-beg besar. Beg-beg kami disimpan selama 5 jam dengan bayaran sebanyak 25 riyal.

terdapatbeberapa tempat simpanan bagasi
di luar masjid 

UMRAH PERTAMA KALI

Kedua beradik yang bersama-sama kami sejak dari awal perjalanan menawarkan kami bekalan yang mereka beli untuk mengalas perut di perkarangan masjidil haram. Kami mengambil keputusan untuk bersolat subuh terlebih dahulu di perkarangan masjid dan menunaikan umrah sesudahnya.
Ibadah Tawaf ,Saei dan bercukur berlangsung sempurna dengan panduan sahabat baru kami, meskipun mereka cuma bertawaf sunat kerana telahpun selesai mengerjakan umrah sebelum ke Madinah. Anak muda ini sangat baik hati untuk membimbing kami menunjukkan jalan ke tempat saei dan menjelaskan beberapa panduan umrah agar ada perkara yang tidak kami tinggalkan. Semoga allah membalas jasa kedua mereka dengan sebaik-baiknya.  Di sini barulah kami dapat gambaran sebenar akan ibadah umrah dan ia tidaklah susah seperti yang kami selalu bayangkan.
pintu kaabah dan polis yang
 menjaga

dataran luar bangunan saei
lampu hijau kaw. berlari anak
ke safa & marwah. dilihat dari tempat tawaf

HOTEL DI MEKAH

Sebelum ke hotel, kami bersarapan dahulu di restoran yang terletak di bangunan Hilton hotel. Shawarma dan nasi arab, itulah juadah pertama kami pada hari itu.
Kemudian berpandukan google map yang telah di'save' oleh sang suami di dalam handphone beliau, kami mula berjalan kaki mencari arah. Jauh juga rupanya berjalan kaki ke  hotel Far Al Jadeed yang terletak berdekatan bukit. Kira-kira 1 kilometer lebih jauhnya kami berjalan, akhirnya tiba jua. Terus check-in, bersihkan diri dan berehat seketika. Pada pengamatan saya hotel ini diuruskan warga pakistan atau india memandangkan kebanyakan jemaah india atau pakistan tinggal di sini. Ia lebih berkonsep hostel. Tiada tuala atau sabun disediakan. Cuma ada 4 buah katil, peti sejuk, aircond, tandas, mini dapur beserta sinki, dan sebuah almari pakaian. Sesuai sangatlah dengan konsep backpackers kami. Semua barang asas juga telah dibawa. Sekiranya tidak cukup, beli sahaja di kedai runcit berdekatan hotel kami.
Cuma ingin saya ingatkan sekiranya anda menyewa bilik hotel sebegini pastikan pitu bilik benar-benar dikunci kerana jemaah asing yang datang secara kumpulan besar terutamanya dari india dan Pakistan suka 'cuba-cuba' membuka pintu bilik.

far al jadeed hotel


AKTIVITI DI MEKAH

Di Mekah kami cuma banyak meluangkan masa melakukan tawaf sunat dan beribadah di masjid. Sekali sekala kami berubah angin bertawaf di tingkat atas, tengah dan bawah. Kalau dilihat dari atas, nampak agak mustahil untuk masuk ke dalam Hijr Ismail memandangkan jemaah sentiasa ramai dan bertolakan, namun dengan kekuasaan Allah jua yang menjadikan perkara yang nampak mustahil itu menjadi sungguh mudah.Percaya dgn doa dan tawakal, insyaallah boleh dan akan dimudahkan.
Kami pulang ke bilik hotel  cuma sehari sekali untuk tidur dan merehatkan diri. Bilangan jemaah pada musim itu agak ramai jika dibandingkan jumlah jemaah pada bulan yang sama di tahun sebelumnya. Suasananya juga agak hiruk pikuk dengan aktiviti meruntuhkan masjid bagi pembangunan semula serta berhabuk. Hampir separuh daripada bahagian masjid telah dirobohkan dan hanya terdapat dua pintu utama untuk 'access' masuk ke kaabah iaitu dari pintu besar KING FAHAD yang terletak bertentangan dengan jam besar serta dari pintu bangunan saei dari Safa ke Marwah.
money changer mudah didapati


Image result for king fahad gate
pintu masuk King Fahad

** sewaktu mengerjakan tawaf sunat, kami juga berkesempatan bertemu dengan keluarga paksu dan tok kedah yang turut mengerjakan ibadah umrah ketika itu.Mereka mempelawa kami ke hotel mereka yang terletak berdekatan pintu masuk king fahad. alhamdulillah.


ZAMZAM DAN MAKAN-MAKAN

Pada hari kedua kami pulang ke hotel melalui pintu  di bangunan saei dan mendapati jarak ke hotel jauh lebih dekat berbanding laluan sebelum ini. Di laluan ini juga kami terjumpa telaga zamzam di atas bukit seperti yang telah ditulis di blog yang dibaca. Di telaga tersebut ramai orang datang dengan membawa botol serta tong-tong besar. Lebih mudah untuk mengambil air zamzam di sini sekiranya tong anda bersaiz besar kerana paip airnya lebih besar daripada  'water cooler'. Anda juga tidak perlu berebut-rebut. Pastikan juga di water cooler tertulis zam zam kerana di bahagian luar dataran terdapat banyak water cooler air biasa.
Apabila berasa lapar, kami akan membeli makanan di restoran berdekatan jam besar dan makan di dataran masjidil haram. Sekali sekala kami mencuba makanan-makanan arab yang lain pula. Adakalanya makan nasi arab, kadang-kadang pula beli idam laham iaitu sejenis kuah kambing yang dimakan bersama roti arab. Berbeza dengan Malaysia kerana di arab, beli lauk berkuah dapat percuma roti. Makanan yang menjadi kegemaran suami saya pula adalah makanan di restoran Al -Baik (francais ala-KFC), jadi sekali sekala kami berkampung di restoran tersebut. Setiap hari dalam perjalanan pulang ke hotel saya pasti akan singgah di kedai aiskrim untuk menikmati ais krim arab yang sangat lazat. Kami juga membeli buah delima bersaiz besar untuk dimakan sehari-hari sebagai sumber vitamin 'tambahan'. Rasanya amat masam namun jika kena caranya, rasanya sangat sedap. Cuma gaulkan butir delima yang telah dikupas dengan secubit garam dan sedikit perahan lemon.
telaga
delima+garam+lemon
air zam zam di water cooler,
pastikan tertulis zam zam
kedai runcit


telaga dari dekat
* Tips bagi mereka yang pergi dengan pakej, sekiranya anda jenis yang suka mencuba makanan arab dan malas untuk pulang ke hotel berkali-kali bagi mengambil makanan yang disediakan, saya syorkan untuk tidak mengambil pakej sekali dengan makanan untuk lebih jimat. Sekadar cadangan sahaja.

MEKAH KE JEDDAH

Sudah 9 hari di Mekah, maka tibalah masanya untuk kami berangkat ke Jeddah bagi memenuhi jemputan Ali. Malam sebelumnya saya dan suami telah menjelajah ke lorong-lorong kecil Mekah untuk mencari jenama minyak zaitun yang di pesan pakcik di Malaysia. Suasana Mekah sangat hidup dengan aktiviti berjual beli pada waktu malam. Tanyakan sahaja dalam bahasa melayu, Insyaallah hampir kesemua pak arab yang berjualan ini fasih berbahasa kita.
Keesokkannya kami bersolat Jumaat bersama. Suasana masjidil Haram agak sesak dipenuhi warga saudi sehingga  ke ruangan saei memandangkan Jumaat dan sabtu adalah hari minggu mereka. Tawaf wida diselesaikan dengan seribu perasaan. Semoga Allah mengundang lagi kami ke sini. Kini saya mengerti mengapa semua yang pernah bertandang ke Mekah akan sentiasa kerinduan setelah pulang ke tanah air. Perasaan damainya tak tergambar sama sekali.
Kami check out dari hotel dan kembali semula masjidil haram bagi mencari teksi, namun kesemuanya penuh. Seorang sahabat memberitahu bahawa tambang sebuah teksi untuk ke Jeddah adalah sebanyak lebih kurang 170 riyal tapi disebabkan teksinya tidak ketemu, kami menyusur perlahan-lahan di sepanjang jalan. Tidak lama kemudian, datang sebuah bas mini ke Jeddah yang menawarkan sebanyak 10 riyal seorang. Saya agak terpinga-pinga ketika mendengarnya, agak jauh 170 riyal dengan 10 riyal. Mana mungkin semurah itu, namun memang benar itulah harga yang ditawarkan. Tanpa berlengah masa kami terus menaikinya ke Jeddah yang mengambil masa kira-kira 1 jam jarak perjalanan.

KEJUTAN DEMI KEJUTAN

Sekali lagi kami bertemu Ali. Masyaallah, beliau telah menyewakan kami sebuah hotel apartment yang agak besar bagi kami yang cuma berdua. Ali menasihatkan kami untuk berehat terlebih dahulu sebelum dijemput untuk ke sebuah majlis perkahwinan bersama isterinya nanti. Pasti lelaki dan wanita akan duduk berasingan manakala wanitanya pula berjubah hitam dan berpurdah. Bagaimanalah saya nak makan nanti. Congak saya di dalam hati.

Kira-kira jam 11 malam Ali bersama isterinya datang mengambil kami dan terus ke sebuah dewan mewah ala-ala hotel. Semasa di dalam kereta, isteri Ali tidak banyak berbicara, mungkin kerana kehadiran suami saya. Telahan pertama saya benar, lelaki dan wanita makan dalam dewan berasingan. Namun sebaik sahaja saya dan isteri Ali mula memasuki dewan, saya mula merasai kejutan demi kejutan.

Di pintu masuknya terdapat pengawal wanita yang akan menyimpan sebarang jenis kamera atau telefon bimbit berkamera, kemudian para hadirin wanita ini akan ke sebuah kaunter untuk menanggalkan abaya dan tudung mereka. Masyaallah, rupanya mereka berpakaian ala-ala grammy awards, seksi, cantik-cantik belaka seperti patung barbie, rambut merah, kuning , hijau semua ada. Saya cuma berdoa supaya tiada sesiapa meminta saya menukar pakaian kerana itu sahajalah yang saya ada. Kalau diikutkan saya kelihatan tidak lebih dari maid-maid Indonesia yang mereka bawa. Isteri Ali mula menunjukkan sikap ramahnya dan memperkenalkan saya kepada ahli keluarganya satu demi satu dalam bahasa Inggeris berampur arab. Sekalipun kelihatan agak sukar untuk beliau berbahasa Inggeris, saya amat kagum dengan sikap ramahnya. Kesemua mereka menyambut saya dengan amat mesra lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang saya dari Malaysia, mereka kelihatan amat teruja. Rata-rata mengekspresikan rasa cinta dan suka Malaysia. Saya ditempatkan di sofa VVIP di hadapan sebuah pentas. Sekali sekala dayang-dayang akan menghidangkan kami minuman, manisan coklat mini.
Tidak lama selepas itu, saya menerima kejutan kedua pula. Lagu mula bergema dan beberapa wanita mula naik ke pentas menari tarian arab. Hampir terbeliak mata saya tidak berkedip sepanjang 3 jam di sana. Apa pula yang berlaku di sebelah lelaki tidak saya ketahui.
Sebaik pengantin turun,kira-kira jam 2 pagi, para hadirin mula memakai kembali abaya dan tudung mereka memandangkan pengantin lelaki akan turut bersama. Tarian dihentikan, semua mata hanya tertarik ke arah pengantin dan dayang-dayang kecilnya sahaja. Kami pulang selepas itu, suatu pengalaman baru yang bermakna buat saya.
Suami pula bercerita mengenai pengalaman makan bersama sedulang besar nasi arab beserta seekor kambing. Tiada tarian, tiada manisan. Mereka tidak tunggu lama di sana, selepas makan suami saya dibawa bersiar-siar melihat pantai Jeddah sementara  menunggu saya dan isteri Ali selesai. Sangkanya tentu saya sedang mati kebosanan 3 jam menghadap nasi arab kambing, namun pengalaman yang saya lalui adalah sebaliknya. Tersenyum bila teringat kembali.

suasana dewan pengantin lelaki

MALAYSIA, HERE I COME

Genaplah sudah 14 hari kembara umrah kami di bumi suci. Pada hari terakhir, Ali menghantar kami ke lapangan terbang umrah/ haj. Rasa tidak sabar untuk pulang dan sedih bercampur-campur pada saat itu. Disebabkan masih banyak ruang kosong di dalam beg kami, suami telah membeli sebanyak 25 liter / 5 botol air zam zam di lapangan terbang tersebut. Sebotol berharga 9 riyal. 3 botol disumbat di dalam check- in baggage manakala 2 botol lagi kami check in seperti biasa.(dibenarkan check-in zam zam 5 liter seorang secara percuma). Botol-botol ini telah saya tandakan dengan pelekat supaya tidak tertukar apabila sampai di Malaysia nanti. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 9.30 pagi. Air zam-zam yang disimpan di dalam beg juga selamat. Tidak dikoyakkan atau dirampas seprti ura-ura kedengaran. Kami amat bersyukur kerana perjalanan umrah kali pertama ini mendapat banyak pertolongan dan dipermudahkan oleh-Nya dari awal hingga ke akhir.  Saya berharap bagi sesiapa yang berhajat untuk ke sana, usah risau, banyakkan berdoa semoga Allah mudahkan. Buat sahabat-sahabat yang mempunyai kenalan yang mahu pergi juga, digalakkan untuk doakan agar pemergian mereka menjadi senang. Kadangkala mereka yang mahu pergi akan berasa gusar kerana tidak tahu apa yang bakal mereka tempuhi, tidak perlu di tambahkan lagi kerunsingan mereka dengan cerita-cerita kesulitan atau kesusahan yang pernah terdengar dari orang lain. Cukup sekadar galakan dan dorongan serta mohon doakan agar kita juga dapat turut ke sana seperti mereka. Insyaallah.

Di sini saya rumuskan pro dan kontra antara Umrah Persendirian dan Umrah Pakej. Ia cuma sekadar pengamatan saya. Namun pengalaman setiap individu ke tanah suci adalah berbeza. Saya mohon maaf sekiranya ada yang tidak setuju dengan cerita dan pendapat saya. Suka saya ingatkan bahawa cerita ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya dan suami semata-mata.



`UMRAH PERSENDIRIAN
UMRAH PAKEJ
Pro:
-         Tempoh umrah lebih flexible
-         Lebih murah, mengikut bajet sendiri
-         Masa ziarah ditentukan sendiri
-         Pengalaman mencabar yang memberi kepuasan
Pro:
-         Tempoh umrah dan ziarah mengikut seperti yang ditetapkan
-         Kurang berisiko
-         Urusan visa, hotel, pengangkutan disediakan oleh travel agent
Kontra:
-         Bermain dengan risiko
-         Semua urusan diuruskan sendiri

Kontra;
-         Tempoh umrah dan ziarah mengikut seperti yang ditetapkan travel agent
-         Kosnya tinggi sedikit berbanding UP

7 comments:

  1. wow, teruja sy...syabas puan..insyallah ad rezeki sy n wife pn ingt ke sana n bagpackes..blh sy tahu jumlah kos puan?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..rindu sgt untuk mengulanginya...

    ReplyDelete
  3. Menariknya sangat teruja pulak nak cuba, saya dah pergi umrah kali pertama dengan pakej, haji pun dengan luth. Kalau Allah izinkan dan kesihatan juga mengizinkan nak cuba jugak. sya nak share ke blog saya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt.

      Berminat untuk belajar selok belok Umrah DIY ?

      Dapatkan E-Book percuma Umrah DIY di link berikut

      https://www.scribd.com/document/339786722/eBook-Umrah-DIY-by-Ibnu-Arabi#

      Sertai Komuniti Umrah DIY untuk bimbingan secara percuma

      telegram.me/notaumrahdiy
      telegram.me/komunitiumrahdiy

      www.umrahdiy.com.my

      visa umrah boleh hubungi ust wan 017-3008021

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt.

    Berminat untuk belajar selok belok Umrah DIY ?

    Dapatkan E-Book percuma Umrah DIY di link berikut

    https://www.scribd.com/document/339786722/eBook-Umrah-DIY-by-Ibnu-Arabi#

    Sertai Komuniti Umrah DIY untuk bimbingan secara percuma

    telegram.me/notaumrahdiy
    telegram.me/komunitiumrahdiy

    www.umrahdiy.com.my

    visa umrah boleh hubungi ust wan 017-3008021

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..... sape2 nk bwt umrah DIY ? saya menawarkan khidmat visa umrah dan khidmat umrah yang lain ( hotel,tiket,transport)
    bleh hubungi saya :

    call/wassap : 0132680982 (atha)

    ReplyDelete