Thursday, November 20, 2014

PETUA MELURUSKAN GIGI YANG BERLAPIS (PETUA MERTUA)

AMARAN! INI ADALAH ARTIKEL 18 SG...

Sebelum memulakan bicara, ingin saya nyatakan di sini bahawa petua ini tiada kaitan dengan sebarang kajian dari sudut profesional pergigian cuma ingin saya kongsikan sedikit petua ini bersama anda setelah mendapati ianya ternyata agak berkesan setelah dicuba kepada beberapa orang ahli  keluarga saya.

Sekiranya anda ingin mencuba cara ini, saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Pesan bonda mertua...


"Kalau nak ratakan gigi, terutamanya gigi yang bersiong tu, masa buang air besar, tekan gigi tersebut. Lama- lama nanti ia akan lurus seperti asal".

hehehe..berkerut ke fikir kenapa mesti masa buang air besar?





Sebenarnya maksud bonda mertua saya ialah, aktiviti menekan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa terluang. Contohnya, kalau dah tak tahu nak buat apa-apa masa buang air besar tu apa kata kalau anda tekankan gigi yang berlapis ke belakang. Masa tak terbazir, gigi pun bakal tersusun cantik. Ting! 

Ada logiknya di situ.

Jadi bagi memahami logik ini , anda perlu tahu dahulu apa sebenarnya prinsip rawatan orthodontik yang dilakukan oleh doktor pakar. 
Memasang pendakap besi pada gigi bukanlah pekara yang saja-saja dilakukan, besi-besi pendakap tersebut akan diketatkan dari semasa ke semasa supaya gigi mula bergerak mengikut arah yang diingini.
Ini bermaksud tekanan perlu dikenakan ke atas gigi bagi menggerakkannya.



Begitu juga dengan konsep petua tadi, tekanan dikenakan ke atas gigi secara "berkala" setiap kali membuang air besar. (hik hik hik) . Jadi tidak mustahil gigi tersebut akan bergerak lama kelamaan kan.

 

Masih kurang faham?


Saya beri lagi satu contoh. 
Kenapa gigi sesetengah orang boleh jadi jongang?

 

Ia biasa dikaitkan dengan tabiat menghisap jari semasa kecil. Semasa menghisap jari, jari tersebut akan menolak gigi atas ke luar dan tekanan telah dikenakan ke atas gigi secara istiqomah hari demi hari. Maka tidak hairanlah jika gigi boleh menjadi jongang


Ok?


Bila petua ini efektif untuk dilakukan. Seiring dengan kajian sains, fasa perkembangan tulang muka dan pertukaran antara gigi susu kepada gigi kekal sepenuhnya akan berlaku secara aktif sejak di awal usia remaja, tulang juga masih lembut jadi ini adalah merupakan saat yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Sekiranya sudah dewasa, tulang muka telah matang dan agak keras, mungkin akan ada sedikit gerakan namun tidak banyak yang dapat dilakukan.  

 

Bahan kajian saya.



Alawi, adik ke-5 mempunyai gigi berlapis seperti siong pada gigi taringnya. Sekitar usianya 14 tahun saya cadangkan kepadanya untuk mencuba teknik ini.
Sekarang beliau sudah di tingkatan 5 dan saya dapati gigi taring sudah rapat ke tempat yang sepatutnya cuma tidaklah terlalu sempurna seperti hasil rawatan orthodontik, namun hasilnya tetap mengujakan.
Saya tidak perlu risau lagi untuk membawanya mendapatkan rawatan orthodontik lagi.

Walaubagaimanapun terpulang kepada anda untuk menilai atau mencubanya. Saya percaya tidak semua jenis masalah gigi berlapis boleh menggunakan kaedah ini. Masalah gigi datang dalam pelbagai bentuk. Sekiranya anda rasakan sesuai, tak salah mencuba. Saya tak paksa tau :)

Kredit untuk bonda mertua.

Semoga bermanfaat. 



HIDUP LUAR BIASA

salam sayang

-drwan-

7 comments:

  1. Psl gigi berlapis ni membawa sy ke blog awk. Tq atas petua. Terus nak buat!

    ReplyDelete
  2. Syukran.. petua yg bermanfaat.. InsyaAllah.. jimat duit.. hehe

    ReplyDelete
  3. gigi saya tak rata dan ada gigi kekal yg jarak jauh boleh ke saya kerap tolak ke hadapan ?? dan giginya akan ke depan ke

    ReplyDelete
  4. Saya mempunyai gigi jogang atau maksudnya gigi saya yang di atas ke depan.adakah saya bolrh menggunakan petua ini?

    ReplyDelete