Tuesday, December 2, 2014

10 TIPS PENJAGAAN SELEPAS CABUTAN GIGI YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU


 
1. Elakkan daripada berkumur-kumur secara kerap selama
sehari kerana ia akan menyebabkan darah beku yang telah terbentuk di dalam socket cabutan terkeluar daripadanya dan pendarahan menjadi aktif kembali


 
2. Jangan menyentuh tempat cabutan dengan menggunakan lidah atau jari. pada jari kita terdapat banyak kuman yang boleh menyebabkan komplikasi sepanjang tempoh penyembuhan luka.



 
3. Gigit kapas yang diberikan oleh doktor sekurang-kurangnya selama 1 jam supaya pendarahan berhenti. Sekiranya kapas telah basah dengan darah, gantikan dengan kapas yang baru.


 
4 Sekiranya anda merupakan seorang perokok, elakkan daripada merokok selama seminggu sekurang-kurangnya.



 
5. Elakkan daripada mengambil minuman ataupun makanan panas kerana ia boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan pendarahan sukar berhenti.


 
6. Sebaik-baiknya ambil makanan atau minuman sejuk agar pendarahan cabutan segera berhenti.


 
7. Pada hari kedua dan seterusnya selepas cabutan, anda boleh mula berkumur-kumur dengan air garam suam.


 
8. Beberapa jam selepas cabutan, anda akan mula merasa sakit berdenyut-denyut di tempat cabutan kerana kesan bius mulai hilang. Anda boleh mengambil ubat penahan sakit pada masa tersebut.


9. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat pada hari cabutan. Kebiasaannya sebaik sahaja selepas cabutan anda akan diberikan cuti sakit pada hari tersebut.


 
10. Jangan menggunakan straw ketika minum kerana ia akan menghasilkan tekanan negatif di dalam mulut dan seterusnya menyebabkan pendarahan sukar berhenti..


Untuk pengetahuan anda, kesemua perkara yang tersebut seperti di atas adalah perlu dilakukan supaya luka pendarahan selepas cabutan tidak berterusan dan seterusnya segera sembuh tanpa sebarang komplikasi.


Semoga bermanfaat. 
HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-
 

No comments:

Post a Comment