Wednesday, February 25, 2015

GIGI TERLEBIH, ADAKAH PERLU DICABUT? -cuba kira gigi anak anda

Image result for mesiodens            Image result for mesiodens           Image result for mesiodens

"Jika diperhatikan gambar-gambar di atas, dapatkah anda kenalpasti kelainan pada  gigi tersebut?"


Gigi terlebih atau dalam bahasa pergigiannya, "supernumerary teeth" adalah suatu keadaan di mana bilangan gigi di rahang atas dan rahang bawah melebihi daripada bilangan gigi kebiasaan.


Jadi, mari cuba lakukan sedikit aktiviti mengira gigi. Mungkinkah anda salah seorang yang 'bertuah' mempunyai gigi terlebih?

- Kanak-kanak mempunyai gigi susu sebanyak 20 batang gigi - 10 di rahang atas dan 10 di rahang bawah
- Orang dewasa pula kebiasaannya mempunyai 32 batang gigi. - 16 di rahang atas dan 16 di rahang bawah.
   Namun, gigi geraham bongsu bagi sesetengah orang dewasa tidak tumbuh atau terbenam di dalam tulang        dan menjadikan jumlah giginya antara 28-32 batang sahaja

Bagaimana anda boleh mempunyai gigi terlebih?

Sebenarnya terdapat beberapa teori berkaitan kejadian gigi terlebih ini. Antaranya adalah masalah berkaitan sindrom ( cleidocranial dysplasia, gardner's syndrome, dll), masalah genetik (keturunanm, kembar dll), pembentukan gigi (dichotomy),  hyperaktiviti dental lamina dan banyak lagi bergantung kepada klesifikasi gigi tersebut. Namun ianya masih belum difahami sepenuhnya.
Boleh jadi juga gigi terlebih ini terbenam di dalam tulang atau tumbuh sepenuhnya.

Antara masalah yang disebabkan oleh gigi terlebih:

1. Menjejaskan kecantikan wajah

Image result for mesiodens

2. Menyebabkan gigi tumbuh berlapis-lapis

Image result for crowding due to supernumerary teeth

3. Menyebabkan gigi kekal lain tumbuh dan beralih dari kedudukan yang sepatutnya
Image result for caries due to supernumerary

4. Menyebabkan kegagalan pertumbuhan gigi kekal.

Image result for crowding due to supernumerary teeth  Image result for crowding due to supernumerary teeth

5. Berkait dengan masalah cyst pergigian.
   
Image result for dentigerous cyst of supernumerary tooth  Image result for caries due to mesiodens

6. Gigi jadi sukar dibersihkan dan mudah mendapat masalah karies 

 Image result for caries due to supernumerary

7. Mengganggu proses rawatan implan gigi dan orthodontik

Image result for well aligned supernumerary


Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gigi terlebih serta mengalami masalah-masalah di atas, adalah disyorkan untuk membuang gigi tersebut. 
Doktor akan mengambil x ray terlebih dahulu bagi memastikan kedudukan dan bentuk gigi ini sebelum membuat keputusan untuk mencabutnya secara cabutan biasa ataupun menerusi  pembedahan kecil.

Terdapat juga gigi terlebih yang tumbuh cantik tersusun bersama gigi yang lain. Jika ia tidak menjejaskan kualiti hidup anda, maka tidak perlulah dicabut.

Image result for well aligned supernumerary

Semoga bermanfaat. 
HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

No comments:

Post a Comment