Monday, February 9, 2015

SCALING vs BLEACHING : yang mana satu memutihkan gigi?

"Dr, setiap 6 bulan saya pergi cuci gigi tapi kenapa gigi saya masih kuning?"
Luah seorang pesakit pada suatu hari.


Beliau seorang wanita, tidak merokok dan tidak suka mengambil minuman berkafein seperti teh dan kopi serta selalu menggosok gigi sehingga 5x sehari!

Tapi di mana silapnya sehinggakan tiap kali rawatan scaling dilakukan giginya masih tidak seputih mutiara macam gigi fazura di iklan tv.


Jawapannya
terletak pada jenis RAWATAN yang diterima.

Kenali perbezaan kedua-dua rawatan ini terlebih dahulu agar anda tahu apa rawatan yang perlu diminta sebaik tiba di klinik gigi.


SCALING


Ia juga dikenali sebagai rawatan mencuci gigi. Rawatan ini lebih bersifat ke arah pembersihan mekanikal di mana ia menanggalkan karang gigi yang melekat kuat pada permukaan gigi melalui getaran tip skaler.

Scaling juga mampu menghilangkan kesan warna luaran yang melekat di permukaan luar gigi seperti kesan tar rokok atau warna kopi dan teh. Namun begitu ia tidak dapat memutihkan gigi sebaik teknik bleaching. Sekiranya anda mempunyai masalah karang gigi,anda boleh ke klinik pergigian kerajaan untuk mencuci gigi dengan bayaran sebanyak RM 2 manakala jika berminat untuk terus ke klinik swasta supaya tidak perlu menunggu lama, bayarannya adalah sekitar RM 100++ mengikut kes


BLEACHING




Kaedah pemutihan gigi  ini  menggunakan bahan kimia di mana permukaan gigi akan  disapu atau di'rendam' di dalam tray mulut khas selama beberapa minit untuk mendapatkan kesan putih yang dikehendaki. Sesetengah rawatan perlu dilakukan sebanyak beberapa siri temujanji. Selain itu, jenis rawatan bleaching juga terdiri daripada 2 jenis iaitu rawatan yang dibuat oleh doktor gigi di klinik dan rawatan bleaching yang dilakukan sendiri oleh pesakit di rumahnya atas pemantauan doktor. Bagi yang berminat untuk memutihkan gigi, anda bolehlah mendapatkan rawatan ini di klinik pergigian swasta dengan bayaran sebanyak RM1000+. Namun, ianya tidak ditawarkan di klinik kerajaan kerana lebih bersifat untuk kecantikan. 

Lambakan produk pemutihan gigi di pasaran agak menggusarkan kerana pengguna tidak tahu kesan dan akibat daripada penggunaan bahan kimia tak berdaftar. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu rawatan.






 SEMOGA BERMANFAAT 
HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

3 comments: