Wednesday, February 25, 2015

KISAH PENTERNAK KARANG DALAM MULUT

TAR-TAR..

Sekali dengar memang sedap bunyinya. Namun ianya tidaklah seindah bagai didengar.
Tar-Tar juga dikenali sebagai CALCULUS dalam bahasa saintifik pergigian. Jangan salah faham dengan istilah calculus matematik pulak ye. Dalam bahasa mudah pula ia digelar sebagai KARANG GIGI. 
 Kenapa namanya begitu adalah  kerana strukturnya keras rapuh seperti terumbu karang. 

Jadi, bagaimana pula karang gigi ini boleh terbentuk di dalam mulut anda serta bagaimana untuk tahu sama ada anda telah 'menternak' karang gigi ?


Tar-tar/ karang gigi/ calculus terbentuk daripada sisa makanan dan plak yang telah mengeras akibat proses mineralisasi. Komponen karang gigi ini terdiri daripada bakteria, kristal calsium phosphate serta bahan organik.

Apa akibatnya sekiranya karang gigi dibiarkan untuk jangka masa yang lama?

Tahukah anda masalah yang dipandang remeh sekecil karang gigi ini sebenarnya boleh menjurus kepada masalah besar sekiranya anda masih mengambil sikap sambil lewa terhadapnya.

1. Pada peringkat pertama anda akan sering mengalami masalah GUSI BERDARAH terutamanya ketika memberus gigi. Ini menyebabkan anda berasa teragak-agak untuk terus memberus di bahagian yang selalu berdarah tersebut. Maka semakin bertambahlah msalah yang sedia ada.




-Mengapa gusi sering berdarah?
  Sisa makan dan karang gigi mengeluarkan toksin yang akan menyebabkan iritasi  terhadap gusi. Lama kelamaan gusi menjadi membengkak dan bewarna merah serta berdarah apabila disentuh

2. Bau mulut : Cuba buat sedikit aktiviti menghidu bau mulut dengan rakan anda. Adakah mulut anda berbau?

3. Gigi kelihatan memanjang akibat pinggir gusi semakin turun sehingga menampakkan bahagian akar

4. Gigi berasa sensitif akibat akar gigi mudah terdedah kepada air sejuk, panas dan makanan manis


5. Dan yang paling teruk sekali adalah gigi menjadi semakin goyang sehingga lama kelamaan terpaksa dicabut kerana tulang yang menyokong gigi juga semakin menyorot ke bawah.


Jadi, untuk mengetahui sama ada anda adalah merupakan 'penternak' karang gigi atau tidak, mari lakukan aktiviti di bawah. (Berikut adalah merupakan tempat-tempat di mana karang gigi mudah terbentuk)

- Ambil sebuah cermin
- Pastikan sumber cahaya mencukupi dan terang untuk melihat dalam mulut. 
- Perhatikan kewujudan karang gigi di bahagian-bahagian berikut.

>>> Bahagian gigi hadapan di sebelah rahang bawah, permukaan yang menghadap lidah




>>> Bahagian gigi geraham pertama atas, permukaan yang menghadap pipi.

 
Karang gigi biasanya terbentuk di bahagian gigi leher,

Sesetengah doktor klinik pergigian swasta akan menyapu sejenis dye bewarna supaya anda dapat melihat sendiri permukaan gigi yang mempunyai plak dan karang gigi. 

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda benar-benar telah menternak karang gigi?

 -Pergi ke mana-mana klinik pergigian berdekatan untuk rawatan mencuci gigi.

Pembentukan karang gigi dapat dikawal sekiranya anda melakukan beberapa perkara yang betul. Ia bukan lah seperti rumput yang sentiasa tumbuh meliar dan perlu sentiasa dipotong. Cuba langkah berikut: 

+  Setelah gigi dicuci/ di scaling, pastikan anda lakukan maintenance dengan selalu memberus gigi terutamanya pada waktu pagi dan malam, sebelum tidur. Anda juga perlu memberus gigi dengan teknik memberus yang betul agar karang gigi sukar terbentuk lagi
+ Lakukan flos gigi selalu supaya sisa makanan yang tersekat di celah gigi dapat dibersihkan sepenuhnya.
Lakukan dental check up secara berkala sebaik-baiknya setiap 6 bulan sekali.




 SEMOGA BERMANFAAT 

HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

No comments:

Post a Comment