Wednesday, March 18, 2015

4+8+1 LANGKAH MENCEGAH TABIAT MENGHISAP JARI

Adakah anda antara ibu bapa yang mempunyai anak yang mempunyai tabiat suka menghisap jari?

Malahan berasa buntu kerana setiap kali cubaan menghentikan tabiat tersebut gagal?

 


Image result for thumb sucking thumb problem
Anak kecil yang suka menghisap jari sering dikaitkan sebagai 'budak baik' kerana pandai membawa diri dan kurang memberi masalah sewaktu menjaganya. Namun terdapat tempoh tertentu di mana tabiat ini masih di anggap normal dan sekiranya melepasi tahap umur tertentu, ia dianggap sebagai suatu masalah besar yang boleh memberi impak terhadap perkembangan fizikal dan emosi anak kelak.


Tabiat menghisap jari bermaksud suatu tingkahlaku berulang-ulang  memasukkan jari ke dalam mulut pada ke dalaman yang berbeza-beza. Jari yang dihisap selalunya adalah ibu jari & kadang kala hanya melibatkan sebatang jari atau beberapa batang jari.



                                              Image result for baby in womb suck thumb 

Sebenarnya tabiat ini sudah mula dipraktikkan oleh bayi semenjak di dalam kandungan lagi dan ia masih dianggap NORMAL sehinggalah si anak berusia 2 hingga 3 tahun

Namun...

Sekiranya anak anda masih meneruskan tabiat tersebut melebihi usia 3 tahun, langkah untuk mengurangkannya boleh mula diambil. sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan sehingga anak melebihi usia 6 tahun iaitu usia di mana gigi kekal mula keluar, masalah yang lebih besar bakal timbul.

Image result for big boy thumb sucking                                         Image result for big boy thumb sucking

Tahukah anda bahawa antara faktor yang menyebabkan seorang anak itu mula menghisap jari adalah berpunca dari pada tekanan perasaan (stress)?


Biasanya anak yang mempunyai ibu bapa bekerja, ramai adik beradik, sosioekonomi keluarga rendah, kedudukan di bawah dalam adik beradik, atau keluarga yang bermasalah lebih cenderung untuk menghisap jari kerana mereka merasakan kepuasan serta dapat melepaskan stress semasa melakukan tabiat ini.

Selain dari itu punca anak menghisap jari juga adalah refleks atau naluri normal seorang bayi itu sendiri, meniru tingkah laku kawan, atau proses untuk menyesuaikan diri setelah susu badan / botol dihentikan.

Jadi sejauh manakah tabiat menghisap jari ini mampu membawa "kerosakan" kepada perkembangan  tumbesaran anak anda?

Selain daripada menyebabkan gigi jongang, masalah berikut turut berlaku:

- Memberi kesan emosi kepada anak akibat sering diejek oleh rakan sebaya kerana bergigi 'jongang'
Image result for depressed kid

- Membantutkan pertumbuhan rahang bawah
Image result for micrognathia 

- Mengganggu fungsi mengunyah akibat bukaan gigitan di sebelah hadapan


- Menolak tumbesaran rahang atas lebih ke hadapan sehingga berbentuk V dan lebar rahang atas menjadi sempit
 Image result for v shaped maxilla

- Menyebabkan gigi tumbuh tidak teratur
 Image result for severe protruded teeth
- Masalah jangkitan mulut akibat jari yang tidak bersih
 Image result for mouth infection

- Masalah jangkitan / luka kepada jari yang sering di hisap
 Image result for thumb sucking thumb problem

Oleh itu, setelah mengetahui akibat kesan buruk daripada tabiat menghisap jari ini, Sudah pasti Ibu bapa mahu menghentikannya. Langkah yang boleh diambil terbahagi kepada 3 iaitu:

LANGKAH PENCEGAHAN

Mencegah selalunya lebih baik daripada merawat. oleh itu, beberapa langkah ini boleh dilakukan oleh ibu bapa sebelum anak anda mula 'install' tabiat menghisap jari di dalam diri mereka.

1. Beri anak susu atau makan apabila mereka lapar dan benarkan mereka makan sebanyak yang mereka mahu, Ini kerana rasa lapar akan  menjurus kepada tingkah laku menghisap jari bagi menghilangkan keinginan untuk makan.

Image result for toddler with food

2. Sibukkan anak dalam aktiviti sihat. Anak kecil biasanya akan emnghisap jari apabila mereka berasa bosan. Oleh itu, anda boleh memberikan mereka permainan atau melakukan aktiviti yang dapat melatih fungsi motor dan minda anak -anak
Image result for kids playing

3. Ibu bapa perlu meluangkan lebih masa dengan anak-anak mereka terutamanya ketika menyusu botol bagi mengelakkan anak berasa kurang selamat atau diabaikan.

Image result for parents play with kids

4. Penggunaan 'puting' (pacifier) juga dapat mengelakkan tabiat menghisap jari. namun jika anak anda sudah mula menghisap jari, adalah agar sukar untuk memperkenalkan pacifier kepada mereka.
Image result for special sleeve for thumb sucking

TERAPI PSIKOLOGI

Bagi anak yang sudah pun mempunyai tabiat menghisap jari, anda bolehlah mencuba langkah berikut:

1. Letakkan anak di hadapan cermin agar mereka dapat melihat sendiri rupa mereka semasa menghisap jari.
Beritahu mereka bahawa tabiat tersebut menyebabkan mereka kelihatan tidak 'cantik' atau tidak comel. Kebanyakan dari mereka tidak menyukai imej sewaktu mereka menghisap jari. bantu mereka untuk faham akibat menghisap jari dan beritahu sekiranya mereka bersedia untuk berhenti, anda akan membantu mereka bersama-sama.
 Image result for mirror and kid

2. Beri galakan dan ganjaran setiap kali anak berjaya menghentikan tabiat tersebut. Sekiranya setiap hari anak berjaya tidak menghisap jari, anda boleh menberikan ganjaran dalam bentuk hadiah. Namun adakalanya keinginan si anak akan timbul semula dan mereka mula menghisap jari kembali. Sekiranya ia berlalu, usah risau, beri mereka sedikit masa sebelum anda memulakan kembali proses pemberhentian tabiat.
Ini kerana si anak perlu benar-benar bermotivasi untuk berhenti, maka kata-kata galakan amat diperlukan
Image result for present 
3. Elakkan dari berleter atau memarahi anak supaya tidak menghentikan tabiat buruk tersebut kerana ia membuatkan mereka berasa lebih tertekan dan menambahkan lagi keinginan untuk menghisap jari. Kritikan dan kata-kata negatif adalah sangat tidak membantu.
 Image result for sad kid

4. Mulakan dengan menghadkan aktiviti menghisap jari kepada waktu tidur dan waktu bersendirian sahaja.
 Image result for thumb suck at night

5. Selepas itu mula gantikan dengan teddy bear untuk dipeluk semasa tidur, atau pun membaca buku sehinggalah anak berasa ngantuk
 Image result for kids sleep with teddy bear

6. Biarkan ibu jari sentiasa 'sibuk'. Setiap kali terlihat anak mula menghisap jari, berikan sesuatu aktiviti untuk dimainkan seperti mewarna dan sebagainya.
Image result for kids coloring together

7. Belikan anak buku cerita santai berkaitan tabiat menghisap jari yang dapat menyalurkan mesej-mesej positif kepada anak.
 Image result for the little bear who suck her thumb book

8. Gunakan 'reverse psychology". Bagi anak yang cenderung menghisap cuma 1 jari seperti ibu jari. Katakan kepadanya bahawa mereka tidak berlaku adil kepada jari-jari yang lain dan akan menyebabkan jari lain berasa 'sedih'. Sekiranya mereka mahu menghisap 1 jari, jari yang lain juga haruslah dihisap sama rata. Buat permulaan, monitor anak. Beritahu mereka untuk menghisap setiap jari dengan jumlah masa yang sama rata. Lama kelamaan mereka akan mula berasa bosan dan mula berhenti dari tabiat tersebut.

TERAPI 'PERINGATAN'

Terapi 'peringatan' terbahagi kepada 2 bentuk iaitu penggunaan bahan kimia dan penggunaan alat mekanikal:

1."Cecair Peringatan". Anda juga boleh menyapu bahan yang mempunyai rasa tidak sedap seperti sedikit ubat gigi, atau mencalit sedikit pewarna makanan pada ibu jari anak. Elakkan dari menggunakan teknik ini sebagai suatu bentuk hukuman kepada anak sebaliknya katakan kepada anak bahawa ia hanyalah sebagai sebuah 'reminder' supaya niat anak terhenti setiap kali terlihat jari tersebut.
Harus diingat bahawa keberkesanan teknik di atas adalah bergantung kepada faktor yang perlu diambil kira dan dianalisa terlebih dahulu seperti  umur dan tahap kefahaman anak, motivasi diri anak, motivasi ibubapa, dan juga tahap psikologi anak.   

Image result for thumb sucking away liquid     

2. Peringatan mekanikal. cara ini melibatkan penggunaaan alat mekanikal yang diletakkan pada jari atau tangan sebagai cara menghalang anak dari terus menghisap jari. Antaranya

-Thumb post                                  


Image result for thermoplastic thumb post for thumb sucking         Image result for special shirt to prevent thumb sucking

-Bandage dibalutkan pada siku anak sebelum tidur bagi menghalang mereka
 membengkokkan tangan untuk menghisap jari semasa tidur.


Image result for ace bandage on elbow    Image result for special sleeve for thumb sucking

- Penggunaan baju lengan panjang yang diikat di hujungnya

Image result for long sleeve to prevent thumb sucking habit

- penggunaan t shirt khas

 Image result for special sleeve to prevent thumb sucking
- Penggunaan boneka tangan - penggunaan boneka tangan (hand puppet) semakin popular di kalangan ibu bapa untuk membantu anak menghentikan tabiat menghisap jari.
 Image result for thumb puppet

TERAPI 'APPLIANCE'

Sekiranya ibu bapa masih berasa buntu dalam mengendalikan masalah ini, anda masih lagi mempunyai alternatif bagi merawatnya iaitu dengan membawa anak yang bermasalah menghisap jari ini bertemu dengan doktor gigi. Anak anda akan dipasangkan di dalam mulut mereka dengan pendakap sementara yang berfungsi menghalang tabiat menghisap jari seperti gambarajah di bawah. Dalam masa yang sama, alat ini juga boleh membantu membetulkan kerosakan atau kecacatan yang telah berlaku disebabkan oleh tabiat tersebut.

Image result for habit breaking appliance   Image result for habit breaking appliance



Image result for habit breaking appliance

Diharapkan teknik-teknik di atas dapat memberi panduan dan manfaat kepada ibu bapa sekalian.

 SEMOGA BERMANFAAT 


HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

No comments:

Post a Comment