Tuesday, November 18, 2014

DARI 'UGLY BETTY' KEPADA BETTY YANG CANTIK NAMUN ANDA PERLU BERSEDIA MENGHADAPI 5 MASALAH INI SELEPAS SELESAI RAWATAN ORTHODONTIK


Mempunyai rupa paras yang cantik ditambah pula gigi yang tersusun rapi setiap kali senyuman dilemparkan adalah menjadi idaman setiap insan lebih-lebih lagi bagi  anak remaja yang meningkat dewasa. Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup menempuh fasa yang menyakitkan selama beberapa tahun demi menyempurnakan hajat ini.

Namun ada beberapa perkara yang tidak diketahui ramai...
Jika mahu merubah sesuatu yang sudah sempurna, pasti ada harga yang perlu dibayar. Justeru sepintar manapun ciptaan manusia pasti tidak akan setanding dengan anugerah semulajadi Tuhan yang maha Esa.
Jika anda telah membuat keputusan untuk menjalani rawatan orthodontik iaitu bersedia memakai pendakap gigi selama beberapa tahun, merasakan kesakitan setiap kali pendakap gigi diketatkan, tidak kelihatan menawan sepanjang proses rawatan dan juga bertemankan berus gigi setiap masa, pastikan anda juga turut menyediakan diri untuk menghadapi masalah-masalah yang mungkin akan terjadi setelah rawatan selesai.

Ramai di antara kita yang berpendapat masalah berkaitan gigi dan mulut akan selesai akan hilang sebaik sahaja selesai rawatan, namun anda sebenarnya salah. Jadi bersiap sedialah.
Berikut adalah antara risiko-risiko yang mungkin akan anda hadapi. Mungkin tidak semua, namun ia boleh terjadi kepada anda.


1. GIGI SENSITIF

 

- Saya sendiri telah mengalami masalah gigi sensitif sejak pendakap gigi dibuka yang tidak membolehkan saya mengunyah atau menikmati minuman sejuk.

 Kenapa ia boleh terjadi?

- Sepanjang proses rawatan, gigi kita akan digerakkan dalam jangka masa tertentu dan dalam keadaan tertentu jadi terdapat kemungkinan ada akar gigi yang terdedah disebabkan oleh penyusutan ketinggian gusi. Ini akan menyebabkan rasa sensitif setiap kali gigi bersentuhan dengan benda sejuk, panas dan adakalanya manis.
- Selain itu, rasa sensitif sementara juga boleh terjadi sebaik-baik sahaja pendakap gigi dibuka. Ini kerana di awal pendakap gigi dipasang, permukaan gigi telah diporoskan sedikit sebelum besi bracket ditampal. Setelah ia ditanggalkan dan dilicinkan semula permukaannya, bahagian ini lebih terdedah kepada rasa sensitif
 Solusi saya..
Setakat ini saya telah menggunakan ubat gigi yang mengandungi bahan aktif bagi mencegah rasa sensitif yang melampau dan ianya ternyata berkesan, antara ubat gigi yng boleh digunakan adalah COLGATE SENSITIVE atau SENSODYNE.
 


2. MASALAH BERKAITAN RAHANG


- Terdapat sesetengah kes di mana pesakit yang selesai menjalani rawatan ortodontik mula merasakan kesakitan ataupun rasa tidak selesa semasa menguap atau makan. Lebih buruk lagi sekiranya rahang terkunci secara tiba-tiba apabila mulut dibuka besar atau menimbulkan kesakitan sehingga mengganggu tidur dan aktiviti seharian.

Kenapa ia berlaku?

Sebelum proses rawatan ortodontik bermula, rahang kita telah terbiasa berada di dalam soketnya selama bertahun-tahun, apabila kedudukan gigitan telah berubah setelah rawatan, adakalanya kedudukan rahang di dalam soketnya juga berubah dan terdapat kemungkinan berlakunya pergeseran yang menyebabkan rasa sakit. Namun begitu tidak semestinya semua pesakit akan mengalami masalah ini.
Sekiranya berlaku kepada anda dan anda tidak mampu lagi menanggung masalah ini, saya syorkan anda untuk ke klinik pergigian berdekatan, anda akan dirujuk ke pakar bedah mulut bagi rawatan selanjutnya.
Bagi mengurangkan kesakitan secara sementara, perkara berikut boleh dilakukan:

** Meletakkan tuala suam atau 'hot pack yang dibalut dengan kain di tempat yang sakit.
** Cold pack juga boleh digunakan.
** Tidur secara mengiring tanpa menekan permukaan yang sakit.
** Melakukan latihan gerakan mulut secara berkala.
** Melakukan aktiviti yang boleh menghilangkan stress


3. RELAPSE


Apa itu relapse?

-Ia adalah suatu keadaan apabila gigi mula bergerak ke kedudukan asal atau beralih sedikit dari kedudukan sedia ada  selepas selesai menjalani rawatan orthodontik. Sebaik sahaja pendakap gigi dibuka, gigi anda berada dalam keadaan 'fragile' justeru doktor gigi akan menasihatkan anda supaya memakai pendakap gigi sementara aka ' retainer'.
Bergantung kepada doktor yang merawat anda, sesetengahnya akan mengesyorkan supaya retainer dipakai selama setahun sahaja manakala ada pula yang mengesyorkan agar dipakai selama 2 tahun. Semakin usia kita meningkat, gigi kita akan bergerak bagi menyesuaikan diri dengan peredaran masa.
Walaubagaimanapun saya berpendapat retainer harus di pakai seumur hidup sekurang-kurangnya semasa tidur sekiranya tidak mahu sebarang pergerakan berlaku kepada gigi tersebut. 




Saya telah memakai "retainer" selama 2 tahun namun selepas dibuka sepenuhnya, saya masih dapati terdapat pergerakan pada gigi saya sehingga menimbulkan mimpi ngeri pada setiap malam.
Bagi yang malas untuk selalu membuka dan memakai 'retainer' tersebut, anda boleh mendapatkan nasihat doktor anda untuk memasang 'retainer' kekal. 


4. GIGI MATI

 
Terdapat juga keadaan di mana gigi menjadi mati dan berubah warna akibat gerakan gigi yang agresif atau trauma semasa rawatan ortodontik Namun sekiranya ia berlaku, rawatan akar boleh dilakukan ke atas gigi yang mati tersebut.

 

5. AKAR GIGI MENJADI PENDEK


Rawatan orthodontik juga bisa menyebabkan hujung akar gigi menjadi tumpul dan semakin memendek. Ia tidaklah menjadi masalah sekiranya kebersihan gigi sentiasa dijaga rapi. Namun ia bakal menimbulkan masalah apabila anda mempunya masalah gusi yang teruk dan gigi yang tidak jaga kebersihannya. Apa yang akan berlaku ialah... gigi tersebut lebih mudah menjadi goyang dan lama kelamaan terpaksa dicabut kerana tidak dapat diselamatkan lagi 

 


Kesimpulannya, masalah gigi anda tidak hanya akan berhenti sebaik sahaja pendakap gigi dibuka. 
Ugly Betty perlu menyediakan diri dan mental untuk menghadapi situasi ini kerana bukan sedikit wang yang akan lebur untuk menjadi cantik.
Manakala Pretty Betty masih perlu mengamalkan amalan kebersihan gigi yang berterusan seumur hidupnya dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan masalah di atas berlaku.

GOOD LUCK! 

 Semoga bermanfaat. 

HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort Map | Mapyro
    Harrah's Cherokee Casino Resort. 청주 출장마사지 1280 Highway 315, Cherokee, NC, 28719. 도레미시디 출장샵 Directions · (800) 546-7777. Call 전라북도 출장안마 Now 김해 출장샵 · More Info. Hours, Accepts 경주 출장안마 Credit Cards, Attire, Wi-Fi,

    ReplyDelete