Thursday, October 23, 2014

9+9 FAKTA - KENALI GIGI ANAK ANDA







Dalam entri kali ini saya akan kongsikan berkenaan pertumbuhan dan perkembangan gigi anak sejak dari bayi hinggalah bayi tersebut membesar menjadi kanak-kanak. Informasi ini bakal membantu  para ibu bapa terutamanya mereka yang masih baru terjun ke dunia keibubapaan  agar mendapat sedikit gambaran tentangnya.

Secara amnya gigi kita hanya terdiri daripada 2 set iaitu :


1. GIGI SUSU (gigi kanak-kanak)                 
2. GIGI KEKAL (gigi dewasa)

Selepas gigi susu tanggal, ia akan digantikan dengan gigi kekal.
Akan TETAPI selepas gigi kekal pula tanggal, maka TIADA lagi gigi lain yang akan tumbuh menggantikannya melainkan diganti dengan GIGI PALSU.
Fakta di atas adalah merupakan perkara paling ASAS perlu anda ketahui kerana saya dapati masih ada  yang menyangka bahawa ada gigi lain akan tumbuh sekiranya gigi kekal telah dicabut.


9 FAKTA TENTANG GIGI SUSU YANG PERLU ANDA KETAHUI...

1. Mengapa ia digelar 'susu' adalah kerana ia merujuk kepada warnanya yang putih seakan-akan susu.
 

2. Terdiri daripada 20 batang : 10 di rahang atas dan 10 di rahang bawah.


3. Bersaiz lebih kecil dari gigi kekal


4. Kadar pembentukan karies(lubang) berlaku lebih cepat pada gigi susu berbanding gigi kekal.

 

5. Gigi susu pertama akan tumbuh keluar pada usia anak antara 5 - 15 bulan


6. Pada usia 3 tahun, anak anda akan mempunyai 20 batang gigi 


7. Sekiranya gigi susu pertama masih belum tumbuh sehingga anak mencapai usia 18 bulan, anda disyorkan  untuk membawa anak berjumpa dengan doktor pergigian bagi pemeriksaan lanjut.


8. Tempoh gigi susu tumbuh dan tanggal mengikut turutan usia adalah seperti berikut:-


9. Soalan lazim ditanya: 


 Click to enlarge
a)MENGAPA GIGI SUSU ANAK SAYA MEMPUNYAI JARAK ANTARA SATU SAMA LAIN???   

b)ADAKAH ANAK SAYA MEMERLUKAN PENDAKAP GIGI BAGI MERAPATKANNYA  SEMULA???


  >>>> Usah panik, gigi susu kanak-kanak memang akan tumbuh dengan sedikit berjarak antara satu sama lain bagi memberikan ruang kepada pertumbuhan gigi kekal yang besaiz lebih besar kelak.
>>>>> Namun sekiranya gigi susu tumbuh rapat rapat terdapat kemungkinan tinggi yang gigi kekal akan tumbuh berlapis disebabkan kekurangan ruang untuk tumbuh .
  

9 FAKTA TENTANG GIGI KEKAL YANG PERLU ANDA TAHU...

1. Terdiri daripada 32 set gigi  : 16+16 gigi pada rahang atas dan bawah
  

2. 4 daripadanya adalah merupakan gigi geraham bongsu yang akan tumbuh seawal  umur 17 dan ke atas.


3. Namun sesetengah individu tidak mempunyai gigi bongsu atau gigi tersebut tidak tumbuh disebabkan kepadatan ruang dalam mulut.
  

4. Bersaiz lebih besar dari gigi susu


5. Gigi kekal pertama akan tumbuh seawal usia 6-7 tahun diikuti gigi kekal lain mengikut jangka umur tertentu. 
 

6. Sekiranya gigi kekal masih belum tumbuh melebihi tempoh masa yang sepatutnya segeralah berjumpa doktor gigi bagi pemeriksaan lanjut.
 

7. Bahagian pinggir gigitan gigi kekal bahagian depan berbentuk tidak rata dan berombak yang digelar 'mamelons' sewaktu gigi mula-mula tumbuh. Ianya akan hilang lama kelamaan disebabkan haus.

 
8. Berikut adalah turutan fasa pertumbuhan gigi kekal mengikut umur kanak-kanak:


9. Pada umur antara 7-12 tahun, anak anda akan mengalami keadaan yang dipanggi "UGLY DUCKLING STAGE" di mana mereka sedang mengalami fasa transisi gigi susu digantikan dengan gigi kekal, Ini bermaksud di dalam mulut anak anda terdapat kedua-dua jenis gigi susu dan kekal. Pada saat ini gigi anak anda kelihatan tidak begitu cantik pada pandangan kerana terdapat ruang yang besar pada kedua-dua gigi depan. Namun ibu bapa janganlah PANIK kerana fasa ini akan berlalu setelah semua gigi kekal tumbuh sepenuhnya








Semoga bermanfaat. 
HIDUP LUAR BIASA
salam sayang
-drwan-

No comments:

Post a Comment