Thursday, November 20, 2014

MACAM MANA NAK DAPATKAN RAWATAN ORTHODONTIK DI KLiNIK KERAJAAN? BERAPA HARGANYA?



Tahukah anda bahawa doktor pakar di  klinik - klinik pergigian kerajaan juga ada membuat rawatan orthodontik? Harganya juga jauh lebih murah daripada cas yang dikenakan oleh klinik swasta kerana kos tenaga kerja tidak akan dikenakan sebaliknya hanya kos bahan sahaja yang perlu dibayar.
Bagi yang telah mendapatkan rawatan orthodontik di klinik swasta pastinya anda tahu bahawa harga yang perlu dibayar adalah sekitar rm5000 dan ke atas bergantung kepada kes anda sama ada 'complicated' atau pun tidak.  
Di sini saya akan menerangkan tentang kos, tempoh, dan juga cara mendapatkan rawatan tersebut di klinik kerajaan.


1. UMUR


 

Bagi yang berumur 16 tahun dan ke bawah, ini merupakan berIta gembira kerana anda masih diterima untuk menjalani rawatan di klinik pakar kerajaan. Jangan berlengah lagi, sekiranya berminat, segeralah bertemu doktor gigi di klinik berdekatan. Malangnya bagi mereka yang telah melebihi umur ini, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta, maaf ya!

2. BAGAIMANA CARANYA?


 

Adik-adik yang berumur 16 tahun dan ke bawah ini bolehlah ke klinik pergigian primer berdekatan dengan ditemani oleh orang dewasa kerana anda masih lagi dikategorikan sebagai bawah umur. Doktor gigi akan memeriksa anda dan menentukan sama ada kes anda sesuai untuk dirujuk kepada doktor pakar orthodontik atau pun tidak. Begitu juga dengan kebersihan mulut, sekiranya ia didapati tidak memuaskan, anda perlu menjalani beberapa siri rawatan seperti tampalan, cabutan ataupun cucian gigi. Anda juga akan ditunjukkan cara-cara memberus gigi yang betul agar dipraktikkan setiap hari. Setelah kebersihan mulut benar-benar memuaskan barulah anda akan diberi surat rujukan untuk ke klinik pakar orthodontik. 

Kenapa perlu datang ke klinik gigi beberapa kali sehinggalah doktor gigi berpuas hati dengan tahap kebersihan mulut?

- Soalan ini lazim ditanya terutamanya oleh ibu bapa.

Jawapannya begini, sepanjang rawatan orthodontik, gigi pesakit akan dipasang dengan dawai dan bracket besi, apabila pesakit makan, sisa-sisa makanan mudah melekat kepada pendakap gigi ini dan akan menyebabkan bengkak gusi serta masalah - masalah lain yang boleh merumitkan rawatan orthodontik. Memakai pendakap gigi amat memerlukan disiplin yang tinggi, jadi sekiranya sebelum pakai pendakap gigi, pesakit sudah tidak pandai menjaga kebersihan mulutnya, apatah lagi sekiranya sudah pakai. Doktor pakar juga tidak suka kepada pesakit yang mengabaikan kebersihan mulut mereka.

  

3. KOS RAWATAN




-Kos rawatan adalah bergantung kepada harga semasa, buat masa ini (2014) harga yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 700 dan bayaran boleh dibuat secara beransur- ansur sepanjang tempoh rawatan berlangsung.

4. TEMPOH MENUNGGU


 

- Setelah surat rujukan dibawa kepada doktor pakar, pesakit akan diperiksa sekali lagi dan akan diarahkan untuk mengambil x-ray OPG. Setelah itu, pesakit akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu memandangkan jumlah pesakit di klinik kerajaan adalah amat ramai. Setiap klinik mempunyai masa menunggu yang berbeza. Kebanyakannya akan mengambil masa sehingga 4-5 tahun. Oleh itu, kebanyakan pesakit mula menjalani rawatan menjelang umur 20 tahun.

5. TEMPOH RAWATAN






- Tempoh rawatan pula bergantung kepada kes pesakit sama ada rumit atau pun tidak. bagi kes yang kurang rumit adakalanya dapat dihabiskan dalam tempoh 2 tahun sahaja manakala terdapat juga kes-kes rumit yang melebihi tempoh 5 tahun. Walaubagaimanapun terdapat juga faktor lain yang melambatkan proses rawatan seperti ketiadaan doktor pada masa- masa tertentu atau pun pesakit sendiri tidak dapat menghadiri temujanji pada tarikh tertentu.


6. PERLUKAH GIGI DICABUT TERLEBIH DAHULU




- Ini juga bergantung kepada kerumitan kes. Sesetengahnya tidak perlu. sekiranya ruang yang banyak diperlukan bagi menarik gigi agar tersusun selari, terutamanya dalam kes gigi berlapis, beberapa gigi akan dicabut bagi menyediakan ruang untuknya. Sekiranya terdapat gigi terimpak atau gigi terlebih..ia juga mungkin akan dibuang.


 Semoga bermanfaat. 


HIDUP LUAR BIASA

salam sayang

-drwan-

No comments:

Post a Comment